Covid-19 merebak di tiga Pulapol


Pihak polis dan Kementerian Kesihatan kini sedang mengenal pasti punca penularan Covid-19 di Pusat Latihan Polis Malaysia (Pulapol), di tiga buah negeri.

Ini selepas Pulapol Bukit Sentosa di Rawang, Selangor menjadi Pulapol ketiga menyaksikan penularan wabak berkenaan.

Sehingga semalam, kluster Jalan Bukit Bukit Sentosa mencatatkan 14 kes positif daripada sejumlah 85 individu yang disaring.

Kes indeksnya didapati positif pada 2 Feb lalu melalui saringan terhadap individu bergejala, yang kemudian didapati menjangkiti pegawai dan kontak rapat yang lain.



Bulan lalu, kluster Covid-19 dikesan di Pulapol Jalan Sultan Yahya Petra, yang sebelumnya dikenali sebagai Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Kementerian Kesihatan mengumukan kluster itu pada 27 Januari lalu, melibatkan pelatih dan guru pelatih. Kes indeks didapati positif sehari sebelumnya.

Dua hari kemudian pada 29 Februari, Kementerian Kesihatan mengumumkan penemuan kluster baru membabitkan Pulapol Jalan By Pass, Segamat, Johor.

Sehingga semalam, kluster Jalan Yahya mencatatkan 465 kes positif di mana 358 daripadanya telah pulih.



Manakala kluster Jalan By Pass pula merekodkan 189 kes positif di mana 21 daripadanya telah pulih.

Malaysiakini telah menghubungi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Ramli Din bagi mengesahkan bahawa ketiga-tiga pusat latihan itu kini dikesan dijangkiti wabak Covid-19.

Dia juga mengesahkan kaitan kluster individu dengan setiap Pulapol.



Ketika ditanya mengapa wabak dikesan waktu yang sama dan apakah mungkin disebabkan pergerakan pegawai di ketiga-tiga pusat berkenaan, Ramli berkata pihaknya sedang menyiasat perkara itu.

“Kami sedang siasat. Ada kemungkinan. Tetapi kami belum pasti,” tambah Ramli.

Menurut Ramli, mereka kini bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menangani wabak tersebut.

Ini termasuk mengambil langkah seperti mengasingkan kes positif dan aktiviti pembasmian kuman secara berkala mengikut garis panduan KKM.



Pengunjung juga kini dilarang memasuki pusat latihan terbabit bagi mengekang penularan wabak. Mk

382 pelatih PULAPOL positif COVID-19



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker