Elaun Kritikal JPA: Menteri PH Tolong Berhenti Berdrama – Annuar

Share

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa membidas kerjaan Pakatan Harapan (PH) berikutan pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini untuk memansuhkan beberapa jenis elaun termasuk Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).

“Elaun dan kemudahan penjawat awam usahlah dipotong wahai kerajaan PH. Menteri PH tolong berhenti berdrama dan berpura-pura terkejut. Tidakkah mesyuarat kabinet setiap hari Rabu… vetolah keputusan JPA itu…. Belum cukupkan PH menghina penjawat awam,” tegasnya menerusi Twitter beliau berkaitan isu tersebut.

Menerusi pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 20 Disember Kerajaan akan menamatkan pemberian bayaran insentif perkhidmatan kritikal kepada
doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan.


Sebelum ini dilaporkan Kerajaan PH telah membatalkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas 2018 yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jun 2018 dengan alasan bahawa kekurangan pendapatan Kerajaan walaupun rekod menunjukkan hasil Kerajaan Persekutuan dicatatkan meningkat sebanyak 6.4% selain Kerajaan PH gagal menunaikan janji Gaji Minima RM1,500 dengan memberi alasan kenaikan gaji minima akan dilaksanakan berperingkat selama 5 tahun dan pada masa yang sama tidak meneruskan cadangan BN untuk Gaji Minima RM1,200.

Bukan itu sahaja, pengecilan saiz perkhidmatan awam turut dilaksana sengan penjawat awam dilabel ‘biawak hidup’ dan ’beban mati’ oleh Dap kerana didakwa terlalu ramai hingga Kerajaan terpaksa menanggung kos perbelanjaan emolumen dan bayaran pencen yang tinggi.

Regim PH telah mensasarkan pengurangan perjawatan 5% penjawat awam setiap tahun yang pastinya menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat pada masa akan datang. – UMNO ONLINE


Leave a Reply