Kadir Jasin semakin ‘low standard’.

oleh Syahir

Cerita asalnya akhbar The Edge Markets tanya apa masalahnya dengan negara kita Malaysia ni. Cover Story dia “What Ails Malaysia?”

Latar belakangnya adalah berkisar tentang keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu daripada ribuan pekerja yang diberhentikan oleh pelbagai syarikat, sehinggalah kepada pasaran saham Bursa Malaysia yang jatuh 4.7% tahun ini dan merupakan pasaran saham tercorot di rantau Asia.

The Edge meminta beberapa individu dan tokoh berpengalaman dalam industri-industri terpilih untuk menulis pendapat mereka tentang apa masalah Malaysia termasuklah daripada bekas Menteri Kewangan Ke-II Johari Abdul Ghani.

Individu lain yang juga menulis pendapat mereka adalah Rafidah Aziz, Azhar Abdul Hamid (Chairman FGV), Dr Shankaran Nambiar (Felo Penyelidik MIER), Matthew Tee Kai Woon (Pengarah Eksekutif Bina Puri Holdings Bhd), Ibrahim Suffian (founder Merdeka Center) dan Ami Moris (CEO Maybank Kim eng).

Masing-masing mereka ada pendapat tersendiri mengikut sudut pandang dan pengalaman mereka dalam bidang dan industri masing-masing.

Jo Ghani contohnya selain daripada bekas MK2, beliau juga merupakan akauntan bertauliah dan tokoh korporat yang sebelum berkecimpung dan aktif dalam politik, telah lama menempa nama dalam sektor korporat.

Bila Kadir Jasin kata Jo Ghani ada muslihat tersendiri kerana mengkritik Kerajaan PH, saya ingat Kadir akan jawab kritikan tersebut dengan fakta, data dan angka. Tetapi rupanya sekadar mempertahankan Kerajaan PH dan menyindir Jo Ghani secara serkap jarang.

Sayang tulis panjang-panjang tapi tak ada isi, tapi lebih kepada menyerang peribadi dan kredibiliti orang lain, macam level cybertrooper sahaja.

Pertama, Jo Ghani tulis, isu fundamental yang paling asas, iaitu isu peralihan kuasa Perdana Menteri. Sampai sekarang tidak ada rancangan konkrit sama ada Mahathir akan menyerahkan baton kepada Anwar. Anwar pun tak pasti. Dalam masa yang sama parti terbesar dalam PH iaitu PKR bergaduh sesama sendiri di antara kem Anwar dan kem Azmin.

Maka tidak ada ketentuan atau certainty kepada pelabur terutamanya pelabur asing untuk melabur dalam pasaran saham Malaysia.

Tahun ini (2019), hanya Bursa Malaysia sahaja yang jatuh berbanding pasaran saham serantau Asia Pasifik yang lain. Hang Seng Index, pasaran saham Hong Kong yang sedang dilanda tunjuk perasaan besar tanpa henti sejak beberapa bulan yang lepas pun mencatatkan pertumbuhan positif tahun ini.

Pasaran saham jiran Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina semuanya meningkat.

Kalau ikut data yang dikeluarkan Bank Negara, sejak suku kedua 2018 (April – Jun 2018) selepas PH menang PRU-14, pelabur asing membawa keluar lebih RM42 bilion wang daripada pasaran kewangan negara iaitu pasaran saham dan bon.

Berikut data yang direkodkan dalam Balance of Payment account negara:

Suku kedua 2018: Aliran keluar RM37.2 bilion
Suku ketiga 2018: Aliran keluar RM3.6 bilion
Suku keempat 2018: Aliran keluarRM2.5 bilion
Suku pertama 2019: Aliran masuk RM13.5 bilion
Suku kedua 2019: Aliran keluar RM5.1 bilion
Suku ketiga 2019: Aliran keluar RM7.9 bilion

Walaupun ada aliran masuk pelaburan asing ke dalam pasaran kewangan Malaysia awal tahun ini (suku pertama 2019), sejak suku ke-2, pelabur asing mula membawa keluar semula wang mereka. Inilah punca kenapa Bursa Malaysia merupakan satu-satunya pasaran saham di rantau Asia yang mengalami kemerosotan tatkala pasaran saham yang lain meningkat.

Tidak ada pelabur yang mahu meleburkan duit mereka dalam negara yang tidak mempunyai political certainty apatah lagi dalam Kerajaan yang tidak stabil hasil gabungan parti politik yang berlainan ideologi dan perjuangan masing-masing.

Adakah Kadir Jasin boleh membuktikan sebaliknya?

Kedua, Jo Ghani kata masalah Malaysia adalah dasar ekonomi Kerajaan yang banyak flip-flop dan bertentangan dengan apa yang mereka sendiri cakap.

Contohnya pengambialihan lebuhraya bertol yang akan meningkatkan hutang kerajaan. Begitu juga dengan pembatalan atau pembekuan projek-projek infrastruktur yang kemudiannya dihidupkan semula. Dan juga dasar drastik seperti pemansuhan GST yang kemudiannya disusuli dengan pengenalan beberapa jenis cukai-cukai lain seperti cukai digital dan cukai gula.

Pasaran kewangan sangat berkait rapat dengan dasar ekonomi yang diumumkan dan dilaksanakan Kerajaan. Flip-flopping seperti inilah juga yang menghakis keyakinan pelabur asing untuk melabur di dalam pasaran kewangan Malaysia.

Adakah Jo Ghani salah?

Ketiga dan yang terakhir Jo Ghani tulis adalah ketidakjelasan pembuat keputusan sebenar di peringkat Kerajaan. Sama ada ianya Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Pejabat Perdana Menteri ataupun Council of Eminent Persons (CEP).

Kekeliruan tentang hal ini juga menjejaskan perspektif pelabur terhadap Malaysia. Menteri Kewangan umum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi perkenal itu, PMO pun umum dasar itu ini.

Mana satu yang pelabur nak dengar? Boleh Kadir Jasin terangkan kepada pelabur-pelabur siapa sebenarnya pembuat keputusan dalam Kerajaan?

Tiga masalah yang ditulis Jo Ghani memberi tiga kesan sebenar bukan sahaja kepada pelabur tetapi kepada rakyat Malaysia amnya.

Kesan pertama daripada masalah di atas adalah pelabur tidak akan ada keyakinan untuk melabur di dalam pasaran kewangan Malaysia dan mengambil langkah tunggu dan lihat.

Kesan kedua hasil daripada kesan pertama, pertumbuhan ekonomi akan menjadi lebih perlahan seperti mana yang diumumkan bahawa ekonomi Malaysia hanya berkembang pada kadar 4.4% pada suku ketiga 2019 berbanding 4.9% pada suku kedua.

Dan kesan yang terakhir adalah dengan pertumbuhan ekonomi yang semakin perlahan, ramai pekerja akan diberhentikan, kadar pengangguran meningkat, kos sara hidup tidak terkawal dan akhirnya mengurangkan kuasa membeli rakyat yang akan menyebabkan ekonomi menjadi lebih perlahan dan tidak mustahil terjerumus dalam kegawatan.

Kalau kita lihat kadar pertumbuhan jualan runcit juga semakin perlahan setiap bulan:

Jun 2019: 9.6%
Julai 2019: 8.4%
Ogos 2019: 7.5%
September 2019: 7.4%
Oktober 2019: 6.6%

Ini bermakna pengguna tidak lagi berbelanja serancak seperti bulan bulan sebelumnya.

Kadir Jasin nak nafikan semua ini?

Mungkin sekali sekala elok Kadir Jasin bercakap dengan orang yang berniaga, paling tidak pun jumpalah rakyat biasa kat bawah ni, boleh kata rata-rata merungut tentang keadaan ekonomi semasa.

Bukan pelabur asing sahaja, rakyat Malaysia sendiri tak berapa yakin dengan keadaan ekonomi dan kewangan negara.

Apabila ada tokoh korporat yang kebetulan juga salah seorang pemimpin pembangkang memberi penilaian yang jujur berlandaskan fakta, data dan angka, eloklah mereka yang berada didalam circle Kerajaan seperti Kadir Jasin menerima penilaian beliau dengan hati terbuka.

Kalaupun tak setuju tak payahlah melalut-lalut sampai ke hal-hal tidak berkaitan seperti 1MDB. Felda – Eagle High dan sebagainya.

Ada sebab mengapa The Edge memberi ruang kepada Jo Ghani untuk menulis pendapat beliau bersama beberapa tokoh dan individu lain di atas.

Kalau pendapat Jo salah, PH takkan rugi apa-apa. Jika semuanya baik belaka, PH pasti akan terus disokong dan didokong rakyat kebanyakan. Kalau Malaysia tidak ada apa-apa masalah, sudah pasti Malaysia akan terus menjadi destinasi pilihan pelabur asing, Bursa Malaysia akan mencatatkan pertumbuhan positif, rakyat akan mempunyai keyakinan untuk berbelanja.

Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Berani Kadir Jasin nafikannya?

Rujukan:

1. Muslihat Di Sebalik Kritikan Johari Terhadap Kerajaan: https://kadirjasin.blogspot.com/2019/12/muslihat-di-sebalik-kritikan-johari.html

2. Asia Stock Indexes Performance – WSJ: https://www.wsj.com/market-data/stocks/asia/indexes?mod=md_asiastk_view_asia_stk_ind

3. Balance of Payment – BNM Statistical Bulletin: http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2019/10/xls/3.6.xls

4. Statistik Jualan Borong & Runcit, Oktober 2019 – DOSM: https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=394&bul_id=Y2k4YzVoOTBycC8zZ3p2RW9rVmpMUT09&menu_id=b0pIV1E3RW40VWRTUkZocEhyZ1pLUT09.

Dari FB Syahir

Kadir Jasin sindir anggota Kabinet, Azmin

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker