Cukai Taksiran, Elaun Ahli Majlis PBT Naik…. ‘Meleleh Air Liur’ Rakyat

Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meninggalkan persoalan buat kerajaan Pakatan Harapan (PH) apakah kehidupan rakyat jelata tidak mencabar dan tidak berdepan dengan kenaikan kos sara hidup.

Dr Wee merujuk kepada sebuah berita bahawa Exco Kerajaan Johor dari Dap Tan Chen Choon yang mengumumkan kenaikan elaun Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekitar 60%-100%, yang disindirnya ‘meleleh air liur’ rakyat jelata mendengarnya.

Antara sebab kenaikan ini kononnya adalah kerana tanggungjawab ahli PBT yang dikatakan semakin mencabar dan mengambil kira faktor kenaikan kos sara hidup.

Begitu juga dengan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin yang juga mengumumkan semakan kadar cukai taksiran PBT mulai 1 Januari 2020. Malahan, Zuraida mengakui ada kenaikan sedikit dari kadar sedia ada.

“Sudahlah mulai tahun hadapan, bermacam-macam jenis cukai baharu diperkenalkan.

“Tumpang tanya, untuk 15 PBT di Johor, adakah kenaikan kadar cukai taksiran ini juga bertujuan antara lain menampung kenaikan elaun Ahli Majlis PBT? Soalnya lagi dalam satu kenyataan.

Tanya Ahli Parlimen Ayer Hitam itu juga bilakah agaknya giliran pekerja biasa dan penjawat awam pula dapat merasa kenaikan gaji 60%-100%.

“Baru-baru ni Perdana Menteri Tun Mahathir kata kalau permintaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk menaikkan gaji penjawat awam sampai RM1800, maka semua kedai tomyam akan ditutup.

“Sebelum itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar pernah mengatakan bahawa kerajaan tak boleh menaikkan gaji secara mendadak.

Di Johor ulasnya lagi, terdapat 15 PBT, setiap satunya mempunyai 24 orang Ahli Majlis yang dilantik dari kalangan empat parti komponen PH iaitu DAP, PPBM, PKR dan PAN.

“Rakyat jelata dikencingkan dan lantikan politik PH serta kronisme diutamakan!

“Dulu semasa menjadi pembangkang, Barisan Nasional nak naikkan sedikit elaun RM100 pun pemimpin PH melompat marah dan memaki hamun.

“Sekarang apa cerita? PH lagi teruk,” tempelaknya. – UMNO ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker