Najib akan sumpah laknat Jumaat ini

Najib Razak menyatakan hasratnya untuk melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan dalam akuan bersumpah (SD) yang dibuat bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Azilah Hadri.

“Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan yang terkandung dalam akuan bersumpah yang dikeluarkan Azilah Hadri.

“Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas solat Jumaat minggu ini,” katanya di Twitter hari ini.

Dalam SD yang menggemparkan itu, Azilah menceritakan secara panjang-lebar berkenaan apa yang menurutnya sebagai “kebenaran” tentang pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dia antara lain mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya diberi secara langsung oleh Najib – dengan lisan – yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri, di kediamannya di Pekan, Pahang.

Najib dalam respons segeranya pada 16 Disember lalu menyifatkan dakwaan itu sebagai “semata-mata rekaan”.

SD itu merupakan dokumen sokongan bagi permohonan Azilah untuk menyemak semula keputusan yang mensabitkannya atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu, yang menyebabkannya dijatuhkan hukuman mati.

Permohonan itu akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 20 April depan.

Related Articles

One Comment

  1. Najib patut cabar yg lain jugak untuk buat sumpah laknat;
    – kes liwat
    – kes2 PM 4
    Saja nak tengok depa berani dak….

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker