Setiap kali PRK, mesti ‘wajib’ fitnah Najib

Share

Akuan bersumpah (SD) oleh banduan yang menunggu ke tali gantung, Azilah Hadri yang mendakwa Datuk Seri Najib Razak mengarahkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu bukan sesuatu yang mengejutkan.

Menurut Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mengakui tidak terkejut dengan pendedahan itu malah ternanti-nanti juga apakah ‘drama’ terbaru apabila tiba Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

“Betul tekaan saya seperti biasa. PRK Kimanis terus Najib mengarahkan pembunuhan Altantuya. PRK lagi nanti, Najib yang telah arahkan bunuh Teoh Beng Hock pula.

“PRK lagi, Najib telah arahan lagi pembunuhan ramai orang. Percayalah. Ini bukan sesuatu yang mengejutkan sebaliknya sesuatu yang sudah jadi general knowledge pada masa ini.

“Hakikatnya Pakatan Harapan (PH) ini memang sudah terdesak,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Cheng Guan membuat andaian lagi mungkin lebih banduan-banduan yang berada dalam penjara serta menghadapi hukuman mati akan membuat SD pada masa depan terhadap Najib.

“Ini sememangnya cara zalim dan busuk hati tapi sebenarnya pada masa sama, rata-rata sudah celik dan sedar diri dengan kerajaan yang ada kini.

“Lebih banyak fitnah dilakukan dan disebarkan lagi-lagi berkaitan Najib, percayalah lebih cepat kerajaan PH ini akan tumbang,” tegasnya. –MalaysiaGazette

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!