Lima Peratus Bakal Dikurangkan: Malangnya Nasib Penjawat Awam Di Bawah Kerajaan PH

Share

Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dahulu sentiasa menjaga kepentingan penjawat awam tetapi kini kerajaan dibawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) bakal menyebabkan penjawat awam kehilangan punca rezeki.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inilah harga yang harus dibayar apabila rakyat terlalu mahukan perubahan dan tertipu dengan janji manis PH.

‘Akhirnya kerajaan PH ‘U-turn’ lagi. Dulu bila BN kata kerajaan PH bakal kurangkan penjawat awam, PH kata kita fitnah tapi kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin sendiri mengakui lima peratus jumlah penjawat awam bakal dikurangkan.

“Sejak awal lagi pemimpin kerajaan PH menuduh penjawat awam tidak setia dan masih setia kepada kerajaan lama maka adakah tindakan ini sebagai balas dendam kepada mereka? Sebelum ini kenyataan dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengatakan bahawa mulai 2020 mungkin tidak ada lagi pengambilan baru kakitangan awam tetap dan berpencen. Alangkah malangnya penjawat awam hari ini yang majoriti mereka adalah orang Melayu/Bumiputera,” ujar beliau menerusi kenyataan di laman sosial miliknya.

Hanipa baru-baru ini berkata, Putrajaya merancang mengurangkan perjawatan awam sebanyak lima peratus sehingga 2021.

Untuk rekod, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah penjawat awam seramai 1.7 juta terlalu besar dan perlu dikurangkan.

Pada 1 November 2011, surat khabar Sinchew Daily menyiarkan kenyataan pemimpin Dap Tony Phua yang berkata, sekiranya PH dapat memerintah negara, satu cadangan akan dikemukakan sebagai projek yang dinamakan ‘projek khas mengurangkan kakitangan awam’ untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat setiap tahun. – UMNO ONLINE

One thought on “Lima Peratus Bakal Dikurangkan: Malangnya Nasib Penjawat Awam Di Bawah Kerajaan PH

  • December 15, 2019 at 15:13
    Permalink

    Tunggulah nasib kau PRU15 nanti Hanipa

    Reply

Leave a Reply