Berpuluh Formula Tipu Rakyat, Sekarang Larikan Diri… Jangan Jadi Seperti Rafizi – Farhan

Kepada semua anak muda janganlah mencontohi sikap Rafizi Ramli, tegas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Farhan Khairuddin.

Katanya, setiap individu perlu ada perasaan tanggungjawab ke atas segala apa yang telah lakukannya.

“Hebat, setelah berjuta duit rakyat didermakan kepada Invoke, Rafizi lari tinggalkan rakyat. Hebat, setelah bermacam fitnah dipasakkan ke minda rakyat, Rafizi lari tinggalkan rakyat.

“Hebat, setelah rakyat membuat perubahan hasil hasutannya, Rafizi kini tinggalkan rakyat.

“Hebat, setelah berpuluh formula dikarang bagi menipu rakyat, kini Rafizi lari tinggalkan rakyat,” bidasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Naib Presiden PKR itu baru-baru ini mengumumkan tarik diri dari pentas politik dengan alasan mahu menumpukan kepada perniagaannya.

Rafizi sebelum ini ketika di era pentadbiran Barisan Nasional (BN) kerap menampilkan pelbagai formula antaranya mampu menurunkan harga minyak hingga ke paras RM1.50 seliter, harga kereta murah, pendidikan percuma dan pelbagai lagi.

Justeru itu kata Farhan lagi, Rafizi adalah bapa pembohong dan pengecut.

“Duit dah dapat melalui sumbangan rakyat, kini dia berniaga dan bersenang-senang.

“Rakyat pula sengsara kerana dia.

“Jangan Jadi Seperti Rafizi,” tempelaknya lagi. – UMNO ONLINE

Related Articles

One Comment

  1. Thank you rafizi, masuk tahun 2020 ni kita akan sama-sama menikmati harga petrol RM 1/per liter.
    Jasamu dikenang. Kalau aku dapat harga petrol tak turun macam tu, siap ko aku cari! mana mau lari!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker