Tarik Balik Rayuan : Rule Of Law Sudah Mati Di Malaysia Baru

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bukan sahaja pengamal undang-undang malah rakyat biasa terkejut dengan kenyataan Rafizi Ramli kepada Peguam Negara dan seterusnya Peguam Negara (AG) akur .

Menurut beliau Rafizi didalam kenyataannya kecewa kenapa AG boleh gunakan kuasa beliau menarik balik kes Lim Guan Eng tapi sebaliknya mengarahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang memihak kepada beliau.

“Hasilnya AG menarik balik notis rayuan yang telah difailkan di mahkamah dan menyalahkan Peguam AGC pula kerana menfailkan Notis Rayuan tanpa kebenaran beliau sedangkan adalah merupakan prosedur biasa setiap kes yang AGC kalah, AGC akan terus memaklumkan kepada mahkamah mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut sementara menunggu nota alasan penghakiman oleh hakim.

Apakah AG tidak faham prosedur AGC sendiri atau cuba menyelamatkan diri dengan “mengkambing hitamkan” peguam AGC?

“Yang jelas dari kes ini kenyataan dari Rafizi bahawa AG telah menggunakan kuasa beliau untuk menarik balik dan membebaskan Lim Guan Eng dari tuduhan dan mengapa tidak gunakan kuasa beliau untuk batalkan rayuan terhadap kes beliau,” katanya menerusi kenyataan di facebook, di sini, hari ini.

Ismail seterusnya mempersoalkan apakah AG menggunakan kuasa beliau untuk tarik balik rayuan terhadap kes Rafizi setelah diugut oleh Rafizi dan ini merupakan peristiwa sangat malang kepada sistem perundangan negara
Tambahnya AG ditugaskan menjadi pengawal dan pelindung kepada kedaulatan undang-undang dan ‘Rule of Law’, tetapi rakyat kini nampak AG telah menjadi orang yang melanggarnya?

“Harapkan pagar, pagar makan padi. Ini bukanlah pertama kali AG GAGAL menjaga kedaulatan undang-undang, malah berkali-kali sehingga kes di mahkamah melibatkan kes Arwah Adib, Yang Arif Hakim memutuskan supaya tindakan menghina mahkamah terhadap beliau.

“Rakyat tidak lagi dilindungi oleh undang-undang lagi. Kes Rafizi melibatkan kerahsiaan klien bank. Kesalahan dibawah undang-undang BAFIA. Jika kerahsiaan klien bank tidak lagi dijamin, siapa lagi nak mempercayai bank kita? Kerahsiaan klien atau ‘client’s secrecy’ adalah perkara asas hubungan bank dan klien.

“Jika perkara ini tidak dapat melindungi bank dan pelanggan mereka, maka ini menjadilan system kerahsian bank sudah jadi tidak selamat lagi. Perkara ini boleh memberi kesan kepada masa depan industri perbankan di Malaysia. Kes terbaru ini jelas membuktikan kegagalan kerajaan PH. ‘Rule of Law’ tidak ada lagi di Malaysia.Ini lah Malaysia Baru. Kedaulatan undang-undang telah mati di Malaysia,” ujarnya.- UMNO Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker