Kepimpinan Anwar diragui selepas adegan buruk kongres PKR, kata penganalisis

Kongres Nasional PKR melabuhkan tirainya hujung minggu lalu di Melaka tetapi jelas perpecahan berlaku apabila presiden parti itu, Anwar Ibrahim dan timbalannya Mohamed Azmin Ali tidak bersama pada hari terakhir kongres.

Semasa kongres, ramai perwakilan mengelarkan Azmin dan sekutunya, seperti Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua sebagai pengkhianat dan mahu mereka dipecat. Nama mereka yang disebut dalam Kongres Nasional PKR, akan diboo daripada 80% delegasi yang hadir.

Dua penganalisis politik percaya adegan buruk di kongres itu, bermula daripada pergaduhan antara 2 kem Pemuda PKR serta Azmin dan sekutunya, menyukarkan Anwar mendapat sokongan untuk menjadi perdana menteri ke-8.

James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania berkata walaupun Anwar berkata beliau mempunyai sokongan majoriti dalam parti dan boleh menjadi “orang kuat”, tetapi orang ramai masih meragui kemampuannya untuk memimpin negara selepas berlaku kemelut dalam partinya sendiri.

Beliau berkata perpecahan dalam PKR begitu mendalam sehingga ia menguasai perbincangan di kongres, malah unsur penting dalam ucapan Anwar mengenai pembaharuan dilupakan.

Katanya, perpecahan dalam parti itu tidak akan dapat diselesaikan tanpa persepakatan.

Sementara itu, Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata sokongan Azmin dalam parti itu masih hebat dan perpecahan dalam PKR seolah-olah menunjukkan sukar untuk mencapai persefahaman.

“Peluang Anwar untuk menjadi perdana menteri semakin lemah pada hari itu. Anwar bukan hanya memerlukan sokongan daripada ahli-ahlinya sendiri, dia memerlukan sokongan rakyat,” katanya.

Azmi berkata kredibiliti Anwar untuk menjadi perdana menteri juga terjejas, lebih lagi mendapat kepercayaan rakyat.

Beliau berkata Kongres Nasional PKR sepatutnya menjadi landasan untuk parti itu menunjukkan kekuatannya sebagai parti terbesar dalam Pakatan Harapan (PH) tetapi sebaliknya berlaku dan ini tidak menggambarkan kepimpinannya.

“Agenda utama Kongres sepatutnya menjadi hala tuju dan dasar PKR untuk membangunkan negara dan memperkuat kerajaan PH,” katanya.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker