#PAU2019 : UMNO jangan terlalu selesa selaku pembangkang

Share


KELEBIHAN sentiasa berpihak kepada kerajaan, kerana mereka mempunyai segala sumber serta kepakaran, sekali gus ia merupakan peringatan kepada para pemimpin UMNO supaya tidak terlalu selesa sebagai parti yang berada di dalam kem pembangkang.

Exco Puteri UMNO Fadwah Anuwar berkata, walaupun pada masa ini memang banyak bola tanggung atau pelbagai isu yang tidak memihak kerajaan, tetapi dengan kelebihan sebagai pemerintah semua isu tersebut dengan mudah diselesaikan melalui beberapa tindakan dalam masa yang singkat.

Menurut beliau, pada masa ini memang banyak kelemahan timbul oleh kerajaan yang baharu berusia hampir dua tahun itu hingga meresahkan rakyat, tetapi dalam tempoh tiga tahun ke hadapan jika ia diselesaikan rakyat akan kembali menyokong.

Fadwah dalam program diskusi sempena Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung di PWTC memberi contoh isu harga minyak yang pada masa ini dijadikan isu oleh pembangkang kerana kegagalan kerajaan menurunkannya kepada RM1.50 seliter sebagaimana dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya lalu.

Katanya, tahun ini mungkin harga minyak belum diturunkan, tetapi tahun hadapan jika harga minyak diturunkan kepada RM1.50 seliter ia akan mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan.

Tambah beliau, pada pilihan raya akan datang pula menyaksikan jumlah yang besar golongan muda layak mengundi kerana had umur diturunkan kepada 18 tahun dan golongan berkenaan sentiasa dinamik sokongannya mengikut perubahan semasa.

Justeru, katanya, jika itu berlaku kelebihan akan berpihak kepada kerajaan dan tidak lagi kepada pembangkang.

SuaraMerdeka



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *