Pas tak akan keluar BN, Muafakat Nasional, kata Abdul Hadi

“Kita tak akan keluar BN dan Muafakat Nasional.” Itu reaksi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulas berhubung masa depan Pas bersama Barisan Nasional dan Muafakat Nasional pada sesi Pidato: Bicara Ini Demi Perpaduan di Dewan Karangkraf malam ini.

Abdul Hadi berkata, banyak titik persamaan yang boleh ditemui bersama BN dan Muafakat Nasional selain masing-masing banyak belajar antara satu sama lain.

Malah menurut Abdul Hadi, pengalaman menjadi pembangkang termasuk pengalaman BN menjadi kerajaan suatu ketika dahulu boleh digunakan dalam konteks Muafakat Nasional itu sendiri.

“Kita belajar jadi pembangkang, pernah jadi kerajaan sekejap. BN pula dah lama jadi kerajaan dan kini jadi pembangkang.

“Jadi perkara ini kita lihat seimbanglah,” katanya.

Sementara itu Abdul Hadi berkata, Pas menonjolkan kewibawaannya menerusi pelbagai pendekatan.

Katanya, antara pendekatan berkenaan adalah tahaluf iaitu pendekatan bersama bukan Islam dan tawaun bersama orang Islam itu sendiri.

“Semua pendekatan nak perkenalkan Islam kepada bukan Islam. Asalkan semua pendekatan itu jangan sentuh dasar parti.

“Dulu kita tinggalkan BN kerana ada pertembungan ideologi, Semangat 46 dulu, Barisan Alternatif kerana kita sebut Islam tak boleh, sebab itu kita berpisah.

“Insya-ALLAH, kita tak akan keluar BN dan Muafakat Nasional kerana banyak titik persamaan,” katanya.

Sinar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker