SPRM DIMINTA SIASAT Tender Bot Fast Interceptor Crafts (FIC) untuk TLDM

Beberapa coretan WhatsApps berjudul “Penyelewengan Tender Bot Fast Interceptor Crafts (FIC) untuk TLDM” sedang tersebar mendakwa berlaku penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam pengurusan tender bagi pembekalan 18 buah bot pemintas laju atau Fast I nterceptor Crafts (FIC) oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menurut sebarang tersebut sebanyak 64 syarikat telah hadir Taklimat Tender yang diadakan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 25 Jul 2019. Daripada jumlah tersebut 44 syarikat telah turut serta sebelum tender ditutup pada 3 Ogos 2019.

Mesyuarat awal Jawatankuasa Penilaian Tender Terbuka (JPTT) telah menyenarai pendek 10 syarikat berdasarkan penilaian Jadual Pematuhan.

Bagaimanapun terdapat salah guna kuasa yang jelas apabila Yang Di Pertua JPTT meminta AJK JPTT menandatangani muka surat penilaian tanpa isi kandungan sepenuhnya.



Salah guna kuasa bertambah jelas apabila senarai 10 syarikat yang disenarai pendek telah diubah oleh YDP dan Setiausaha JPTT tanpa melalui mesyuarat jawatankuasa semula kepada 4 syarikat sahaja tanpa pengetahuan ahli JPTT yang lain.

Amat mengejutkan Laporan Penilaian JPTT yang disediakan oleh dua orang ini bukan sahaja memendekkan senarai pendek tersebut dari 10 kepada 4 malah menukar senarai cadangan syarikat untuk pertimbangan.

Menurut sumber whatsapp itu, “4 syarikat yang disenarai pendek oleh dua individu ini merupakan syarikat yang tiada dalam senarai yang diluluskan oleh mesyuarat penuh JPTT.”

Ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan JPTT bahawa tender terbuka ini sudah tercemar dan tidak lagi berlaku adil kepada puluhan syarikat yang menyertainya.



Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan perlu memberi perhatian serius mengenai isu ini kerana ia membabitkan integeriti dan kredibiliti kerajaan.

Sebaran WhatsApp tersebut juga mendakwa, “ Perkara tersebut telah diketahui oleh Pegawai Bertanggungjawab di Bahagian Perolehan yang telah memanggil YDP untuk penjelasan.

Namun YDP telah bertegas dengan pendirian beliau seperti yang terkandung di dalam laporan akhir JPTT.

Dari maklumat yang diketahui dan dimaklumkan dari sumber dalaman, adalah jelas tender tersebut telah dikompromi dari dalam. Penilaian yang dilakukan telah menjurus untuk memenangkan syarikat tertentu.



Kemungkinan JPTT telah mengenepikan kriteria di dalam Jadual Pematuhan adalah besar demi untuk memenangkan syarikat tertentu. Langkah YDP menghendaki Ahli JPTT menandatangani mukasurat kosong adalah tidak beretika, manakala langkah meminda deraf Laporan Penilaian JPTT dengan memasukkan 4 syarikat baru adalah tergolong dalam kes pecah amanah. Jelas di sini laungan YAB Perdana Menteri dan kesungguhan SPRM untuk menghapuskan rasuah di kalangan kakitangan awam tidak dipedulikan oleh mereka malah tiada perasaan takut atau bersalah. Perkara seperti ini mestilah dibendung hingga ke akar umbi dan pesalah dibawa ke muka pengadilan. Manakala sebarang tender yang telah dikompromi, seperti Tender FIC TLDM ini mestilah ditenderkan semula.sebarang tender yang telah dikompromi, seperti Tender FIC TLDM ini mestilah ditenderkan semula.”

sumber Suara.TV

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker