Pembangkang bersorak RUU IPCMC ditangguh untuk kali ke-2

Blok pembangkang khususnya Barisan Nasional (BN) bersorak “kita menang” selepas Putrajaya bertindak menarik balik Rang Undang-Undang (RUU) untuk membahaskan dan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) di Dewan Rakyat, hari ini.

Keputusan itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong yang mencadangkan untuk bacaan ke-2 dan ke-3 RUU itu ditangguhkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

“Saya mohon menangguhkan bacaan kali ke-2 dan ke-3 berkaitan RUU IPCMC seperti di nombor 2 dalam aturan mesyuarat hari ini, ke mesyuarat akan datang,” katanya yang kemudiannya disambut dengan sorakan pembangkang.

Ini adalah kali ke-2 RUU berkenaan ditangguhkan di Dewan Rakyat.



Oktober lepas, RUU IPCMC 2019 dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk dibincang dengan lebih teliti sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

RUU IPCMC 2019 dibentang buat kali pertama pada 18 Julai, dan ia bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi meningkatkan integriti dan keupayaan polis.

IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas untuk menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker