Apa jua perjumpaan libatkan PKM adalah haram – Musa Hassan

Share


Apa jua aktiviti membabitkan Parti Komunis Malaya (PKM) termasuk perjumpaan adalah haram dan salah dari segi Undang-undang Akta Pertubuhan di negara ini.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ini disebabkan PKM adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan.

Sehubungan itu, katanya, polis perlu menyiasat sama ada mereka yang hadir pada majlis memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai di Kajang kelmarin masih menyokong idealogi komunis.

“Kalau mereka masih menyokong idealogi komunis, maka tak betullah (tak patutlah).

“Sebab mereka ini dulu ahli PKM. Maka ia adalah satu keadaan di mana ‘mewujudkan sejarah’ berkaitan peranan komunis di Malaysia. Siapa yang menganjurkannya (juga) perlu dikenakan tindakan termasuk siasat siapa yang hadir,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Selesai segera siasatan pertemuan ahli PKM di Kajang

Mengenai kehadiran kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew yang turut hadir pada majlis tersebut, Musa juga meminta perkara itu disiasat walaupun ahli politik itu mendakwa ia sebagai kapasiti peribadi kerana bagi memperingati jasa datuknya.

“Apa jua alasan kita terima. Jika mereka itu saudara, cucu kepada orang yang terlibat dengan komunis, kerana kita tidak menghukum dia. Kita hanya menyatakan ideologi komunis memang tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia. Itu sahaja,” tegasnya

Sinar



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *