Bung yakin BN mampu ulangi kemenangan PRK Tg Piai di Kimanis

Kinabatangan MP Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin yakin Barisan Nasional mampu mengulangi pencapaian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai di Kimanis, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan yang kemenangan bekas menteri luar, Anifah Aman di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu tidak sah dan terbatal.

Beliau berkata, Umno Sabah sudah memutuskan untuk mempertahankan kerusi tersebut sebelum kes Anifah didengar di Mahkamah Persekutuan.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, 2 atau 3 calon sudah disenarai pendek untuk bertanding di kerusi tersebut.

“Kami mengenal pasti salah seorang daripada mereka untuk menggalas tanggungjawab memenangkan BN pada PRK nanti,” katanya kepada FMT.

FMT

‘Menang dulu 37 kerusi, baru bincang siapa Ketua Menteri’

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker