MIC sedia sertai Muafakat Nasional

Share


Parti komponen BN, MIC hari ini menyatakan kesediaan menyertai Muafakat Nasional.

Presiden MIC SA Vigneswaran yang memaklumkan perkara itu mengambil pendirian berbeza berbanding Presiden MCA Wee Ka Siong yang melihat BN sebagai satu-satunya gabungan.

Ketika ditanya tentang perkara itu, Vigneswaran berkata: “Ya, sudah tentu.”

Terdahulu hari ini, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata bahawa MIC berminat untuk menyertai Muafakat Nasional.

“MIC sangat berminat untuk turut serta, dan MCA juga – dengan prinsip mereka – selagi ia tidak bercanggah dengan perlembagaan, mengapa tidak?” katanya.

Mohamad memberitahu media bahawa jawatankuasa teknikal Muafakat Nasional sedang meneliti pilihannya sebagai sebuah gabungan.

Mohamad berkata, hal itu sedang diperhalusi dari segenap aspek dan sudut.

“Sama ada mahu dibentuk Muafakat Nasional itu sebagai parti (gabungan) atau sekadar gabungan longgar, atau jika BN dan parti lain mahu menyertainya sendiri atau kita membentuk satu blok,” katanya.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *