Pemuda MCA tak bantah jawi, Malaysiakini putar belit kenyataan.

Petang ini telah viral dalam beberapa akhbar & media sosial tentang kenyataan kononnya PEMUDA MCA membantah tulisan Jawi.

Sesungguhnya kenyataan itu adalah tidak benar dan dipetik dalam konteks yang salah.

Di sini saya ingin menyatakan dengan tegas bahawa;

1. Pemuda MCA TIDAK SESEKALI membantah tulisan Jawi malah sentiasa terbuka serta mengalu-alukan pembelajaran Jawi sebagai warisan negara sama seperti kaligrafi Cina dan India.

2. Apa yang saya sebut ialah mengenai suara khususnya masyarakat Cina yang berharap pelaksanaan silibus teras ini lebih kepada matapelajaran pilihan, bukannya wajib seiring dengan amalan demokrasi dalam negara majmuk seperti Malaysia.

Nicole Wong
Ketua Pemuda MCA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker