Apa sudah jadi dengan skim Peduli Sihat?

Antara 10 janji 100 hari Pakatan Harapan ialah untuk memberi Kad Peduli Sihat kepada semua rakyat dari golongan B40 – seperti apa yang pernah dibuat oleh negeri Selangor sebelum PRU14.

Berikut ialah apa yang dijanji dalam muka surat 29 Manifesto bukan kitab suci mereka:

“Kerajaan Pakatan Harapan akan memperkenalkan Skim Peduli Sihat, iaitu seperti yang telah dilaksanakan di Selangor, ke seluruh negara. Skim ini memperuntukkan RM500 setahun untuk keluarga B40 untuk melawat klinik swasta bagi rawatan asas (primary care). Ini akan memastikan mereka tidak bergantung hanya kepada hospital-hospital atau pusat-pusat kesihatan awam yang mungkin jauh dari rumah. Ia juga mengurangkan bebanan tugas pegawai kesihatan awam.”

Sedap betul!

Pada bulan Mei 2018 iaitu sejurus selepas PRU14, Menteri Kesihatan PH umumkan bahawa mereka akan laksanakan tidak lama lagi.

“Had RM500 setahun. RM50 setiap lawatan klinik” kata dia.

Malangnya, bukan sahaja janji ini dicapatikan tetapi apa yang pernah diberi oleh negeri Selangor sebelum PRU14 juga dipotong teruk.

Sebelum PRU14, 390,524 warga Selangor menerima kad ini.

Tetapi pada tahun ini, skim ini digantung untuk beberapa bulan untuk proses “kemas kini”.

Selepas skim disambung balik, jumlah penerima dipotong dengan teruk.

Sehingga seorang ADUN PH terpaksa meminta maaf secara terbuka kepada pengundi-pengundi dia kerana jumlah penerima yang diperuntukkan untuk DUN Kuala Kubu Bharu cuma 700 orang sahaja.

Apa yang dijanji PH tidak ditunaikan.

Apa yang pernah diberi oleh PH juga ditarik balik.

Malah, BR1M yang sepatutnya RM2,200 setahun ini jika mengikut rancangan BN dahulu turut diturunkan menjadi BASAH RM1,000 sahaja.

Dari FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker