Khazanah jual kepentingan bernilai RM5.66b, termasuk dalam Alibaba

Syarikat pelaburan negara, Khazanah Nasional Bhd telah menjual kepentingan dalam tujuh firma asing termasuk Alibaba Group Holding Ltd bernilai kira-kira RM5.66 bilion (AS$ 1.36 bilion) dalam tempoh 16 bulan pertama PH menjadi kerajaan, kata seorang menteri.

Khazanah, yang rugi kali pertama sejak satu dekad lalu pada tahun lepas berhadapan tekanan untuk mengumpul dana bagi kerajaan yang menanggung hutang apabila Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan perdana menteri pada Mei tahun lepas.

Syarikat pelaburan negara itu telah menjual bahagian kepentingannya dalam gergasi e-dagang Alibaba China bernilai RM2.23 bilion. Tidak jelas berapa besar sahamnya di dalam Alibaba, tetapi jumlah pelaburan luar negaranya adalah sekitar 14 peratus daripada jumlah pegangannya.

Khazanah telah mengeluarkan pegangan sahamnya dalam syarikat-syarikat termasuk BDO Unibank Inc di Filipina, syarikat teknologi India Infosys Ltd, peruncit fesyen di London, Farfetch dan syarikat perternakan ayam daging, PT Charoen Pokphand Indonesia Tbk.

“Melihat Khazanah tidak mendapat apa-apa suntikan dana dari sumber luaran untuk pelaburannya, hasil pelupusan (saham) adalah sumber utama bagi pelaburan baru,” kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dalam jawapan parlimen bertulis pada Selasa lalu.

Khazanah mengumumkan rancangan pada awal tahun ini untuk menyumbang lebih banyak dana kepada kerajaan dengan mencantas kepentingan aset bukan strategik dan membendung kehadirannya di syarikat luar pesisir.

Disebabkan kemerosotan lebih tinggi dan pendapatan dividen yang lebih rendah, Khazanah mencatat kerugian sebanyak RM6.3 bilion tahun lepas. Nilai aset yang boleh dijadikan nyata dalam portfolio Khazanah turun 13 peratus kepada RM136 bilion pada tahun lalu.

Sebelum ini, syarikat pelaburan negara itu mensasarkan keuntungan sekurang-kurangnya RM5 bilion – yang tertinggi dalam lapan tahun.

Khazanah mahu menambah empat kali ganda pelaburan asingnya sebanyak 60 peratus ke 70 peratus daripada jumlah portfolio pelaburannya sepanjang dekad akan datang dan seterusnya untuk mengurangkan terdedah kepada risiko dalam negeri.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker