2 nelayan ditahan, 40kg syabu ditemui dalam bot

2 nelayan ditahan, 40kg syabu ditemui dalam bot

Dua nelayan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Batu Pahat kerana disyaki cuba menyeludup keluar 40kg dadah dipercayai syabu bernilai RM1.99 juta semalam.

Pengarah Maritim Johor, Nurul Hizam Zakaria berkata, pasukan operasi darat mengesan sebuah bot kelas A sedang masuk ke Jeti Nelayan Parit Jaya di Muar dalam keadaan mencurigakan pada 7 malam.

Susulan itu, katanya, pasukan serbuan mengatur gerak ke lokasi dan menahan bot berkenaan bersama dua warga tempatan berusia 45 dan 48 tahun.

“Kedua-dua suspek ditahan ketika dalam perjalanan membawa bekalan dadah menggunakan bot untuk tujuan memindahkan bungkusan berkenaan ke bot nelayan lain,” katanya dipetik Kosmo dalam sidang akhbar di Bilik Mesyuarat Operasi Zon Maritim Batu Pahat hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui satu karung guni putih mencurigakan yang disembunyikan di bawah alat kemudi bot.

“Pemeriksaan lanjut kemudiannya membawa kepada penemuan sejumlah 30 bungkusan mampat berisi hablur putih disyaki syabu dengan berat anggaran lebih kurang 1kg setiap bungkusan.

“Kedua-dua suspek mengakui dadah tersebut dalam proses transit untuk dipindahkan ke bot nelayan lain di perairan Parit Jawa, sebelum diseludup ke negara jiran.”

Selain dadah, pihaknya turut merampas sebuah bot nelayan tempatan kelas A bersama satu unit enjin kuasa kuda, sebuah telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM1,706 dengan anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM2.03 juta. FMT

2 nelayan ditahan, 40kg syabu ditemui dalam bot


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker