Lelaki Ini Terpaksa Ukir Tatu Tarikh Baru Apabila Majlis Perkahwinan Ditunda

Lelaki Ini Terpaksa Ukir Tatu Tarikh Baru Apabila Majlis Perkahwinan Ditunda

Seorang pengantin lelaki terpaksa menukar tatu pada tangan kerana majlis perkahwinannya terpaksa diubah selepas majlis yang dijadualkan berlangsung di hotel itu dibatalkan untuk dijadikan pusat perlindungan pelarian, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Michael Crane, 37 dan tunangnya, Linda Brown, 42 dari bandar Warrington, daerah Cheshire teruja untuk melangsungkan perkahwinan pada 5 Ogos akan datang.



Pengantin lelaki itu sanggup melukis tatu pada belakang tangannya yang menunjukkan masa dan tarikh majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan perkataan ‘Always and forever’ juga dilukis di atasnya.

Bagaimanapun, mereka mendapat berita bahawa Hotel Best Western Park Hall di daerah Lancashire yang ditempah oleh mereka pada harga £4,000 (RM22,728) itu akan ditutup daripada menjadi lokasi majlis perkahwinan kepada pusat perlindungan pelarian.

Pasangan itu adalah antara beribu-ribu pasangan yang terkesan dengan ketiadaan lokasi untuk menjalankan majlis perkahwinan.



Polis turut menerima panggilan untuk mendapatkan keterangan daripada pasangan-pasangan yang mahu menuntut wang mereka kembali.

Crane membayar £180 (RM1,022.76) untuk melukis tatu tersebut. Mereka berjaya mengatur majlis pada hari berikutnya di lokasi berlainan.

Jadi dia terpaksa menukar tarikh pada tatu di tangannya daripada bernombor lima kepada enam. Tetapi masa perkahwinan tetap tidak tepat.

Menurut Crane, keluarganya turut dijadualkan untuk menginap di hotel tersebut ketika majlis perkahwinannya berlangsung. Tetapi sekarang perkara tersebut dikatakan tidak akan berlaku. – Agensi



Lelaki Ini Terpaksa Ukir Tatu Tarikh Baru Apabila Majlis Perkahwinan Ditunda

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker