Isu Nafas : Kenyataan berbelit pemimpin Amanah

Isu NAFAS: Jawapan PH setakat ini:

1. Timbalan Menteri PH nafi bahawa Timbalan Menteri atau Menteri campur tangan dalam tender.

21 Nov: “Tiada campur tangan urusan pemberian tender MOA”
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-campur-tangan-urusan-pemberian-tender-moa-223302

2. Menteri PH pula mengaku dia campur tangan dengan menulis surat kepada PM ke-7 untuk tender yang sudahpun dikeluarkan itu dibatalkan dan diberi terus kepada NAFAS.

Timbalan ko dah elok-elok jawab dalam parlimen tak ada campur tangan.

Yang ko pulak pergi mengaku buat apa?

Nanti timbalan ko dituduh menipu dewan rakyat, korang susah pulak.

22 Nov: “Salahuddin akui tulis surat kepada PM, sokong beri tender pada pertubuhan peladang.”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/22/salahuddin-akui-tulis-surat-kepada-pm-sokong-beri-tender-pada-pertubuhan-peladang/

3. Satu lagi Menteri PH pula kata isu tender ini adalah sabotaj kakitangan kerajaan.

23 Nov: “Isu tender NAFAS: Khalid Samad tuduh pegawai kerajaan sabotaj Menteri Pertanian”
https://www.buletinasia.com/isu-tender-nafas-khalid-samad-tuduh-pegawai-kerajaan-sabotaj-menteri-pertanian/

4. Seorang lagi pemimpin parti Amanah yang juga merupakan salah satu dari lantikan politik ke lembaga NAFAS tuduh ini sabotaj Ketua Setiausaha (KSU) yang luluskan tender ini diberi kepada orang Cina.

24 Nov: Tender Nafas: Pemimpin Amanah dedah KSU kementerian sabotaj Salahuddin
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/24/tender-nafas-pemimpin-amanah-dedah-ksu-kementerian-sabotaj-salahuddin/

Ya, dah mula main rasis lah tu apabila dorang tak boleh jawab betul-betul.

Tapi yang saya pelik ialah Timbalan Menteri dan Menteri PH kata tender itu belum dianugerah lagi. Lagipun Menteri Kewangan perlu meluluskan tender yang nilainya lebih RM50 juta.

Adakah pemimpin parti Amanah ini tuduh Guan Eng nak anugerahkan tender itu kepada orang Cina?

Walaupun setiap hari ada alasan yang berlainan dari PH, persoalan yang masih tak terjawab lagi oleh keempat-empat orang PH di atas adalah:

1. Adakah Menteri PH mengubah akta NAFAS supaya lembaganya dikuasai oleh lantikan politik Menteri dan bukan lagi melalui cara pemilihan oleh ahli-ahlinya.

2. Adakah orang yang dilantik itu semua pemimpin parti Amanah dan PH?

3. Kenapa pemegang-pemegang saham NAFAS perlu tanggung kos sewa untuk berpuluh bilik hotel selama sebulan semasa PRK Tanjung Piai.

Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker