Gagal di Subang, ‘kereta terbang’ bakal ke Maldives – Mohd Redzuan

Kenderaan super dron atau ‘kereta terbang’ UAS E-Hang 216 (EH216) dijangka melakukan penerbangan pertamanya di negara Maldives tidak lama lagi selepas gagal dipandu uji di Subang pada Khamis lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata pihaknya menerima undangan khas daripada usahawan swasta terlibat untuk bersama-sama menyaksikan detik bersejarah itu.

“Kita kerajaan bukan membelanjakan satu sen pun, kita memudahcarakan kepada orang muda yang hendak melibatkan diri dalam aerospace air mobility industry.

“Takkan tidak boleh buat.. ini bukan dasar kerajaan. Dia pergi buat tempat lain. Okay dia pergi tempat lain contoh tidak boleh terbang di Subang itu hari dia akan terbang di Maldives, Insyaallah dia akan jemput Pakwan untuk terbang di Maldives untuk inter island hopping, tidak ada masalah,” katanya selepas Program Himpunan Usahawan Terengganu di Kuala Terengganu pada Ahad.

Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker