Fahami Faktor Kekalahan, Bina Strategi Kemenangan

Share


Oleh Datuk Seri Utama Mohamad Hasan

Intipati ucapan saya ketika menutup Konvensyen UMNO Negeri Sembilan tadi ialah kita mesti memahami bahawa kekalahan dalam PRU lepas adalah akibat pelbagai isu nasional dan tempatan. Ada faktor luaran dan dalaman.

Justeru strategi parti untuk menang PRU-15 harus mengambil kira usaha mengatasi semua isu-isu ini.

UMNO tidak boleh berada dalam penafian (denial) mengenai punca-punca kekalahan lepas sehingga menyebabkan strategi tersasar.

Muafakat Nasional (MN) adalah satu gerakan politik yang baik namun tidak harus dianggap sebagai jaminan kemenangan PRU akan datang.

Kita harus sedar MN hanyalah salah satu strategi, bukannya satu-satunya strategi, untuk menang PRU.

Dalam masa yang sama kita tidak boleh berharap kelemahan Pakatan Harapan semata-mata. Mereka sebagai kerajaan mampu membuat pelbagai kejutan berdekatan PRU akan datang.

Jika mahu menang PRU-15, UMNO sendiri harus mengukuhkan struktur parti, memperbaiki kelemahan lalu dan mengurangkan konflik dalaman parti.

Dengan kata lain jika mahu kekal relevan dan mendapat mandat dalam PRU akan datang, parti harus sedia berubah mengikut peredaran masa dan memahami kehendak rakyat..

(Visited 1 times, 1 visits today)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *