Najib jawab kritikan Mufti Perlis

MUFTI PERLIS KENA SEMAK DULU. KETERANGAN SAKSI SEMASA PERBICARAAN TIDAK SEMESTINYA BETUL

Oleh kerana kes audit 1MDB dalam perbicaraan, saya tidak boleh menjawab secara terperinci.

Kena tunggu pemeriksaan semula saksi oleh peguam saya.

Bagaimanapun, saya boleh menunjukkan apa yang telah didedahkan dalam mahkamah untuk menjawab beberapa propaganda menipu kerajaan PH.

1. Rakaman audio yang dibuat secara sulit.

Suara saya tidak ada dalam rakaman itu. Saya tidak hadir dalam mesyurarat tersebut.

Ianya rakaman pegawai-pegawai yang berbincang.

2. 53 dari 60 naskah salinan draf laporan telah dimusnahkan.

Media melaporkan ini adalah draf laporan. Yang saya dituduh ialah mengubah laporan audit akhir.
https://www.malaysiakini.com/news/500650

1MDB audit tampering trial: Najib and six others received draft of final audit reports, 53 other copies destroyed
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/11/20/1mdb-audit-tampering-trial-najib-and-seven-others-received-draft-of-final-a/1811687

3. Nama Jho Low dikeluarkan dari laporan audit tahun 2016 untuk menyembunyikan kelibatan dia dalam satu mesyuarat khas 1MDB pada 26 Sept 2009.

Bagaimanapun perkara ini telah diberitahu kepada parlimen pada tahun 2015 dan juga dibincang dalam siasatan PAC.

4. “Ketika perdana menteri (yang juga menteri kewangan) mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 27 Mei 2009, perdana menteri setuju untuk menangguhkan terbitan bon agar ia diteliti jawatankuasa penyeliaan khas.”

Bagaimanapun bon tersebut sudahpun diterbitkan pada 18 Mei 2009.

Cuba perhatikan perbezaan tarikh-tarikh di atas.

Tiada dakwaan dalam kes ini bahawa angka-angka dalam laporan audit itu sudah dipalsukan atau terdapat pemalsuan angka-angka.

Turut perlu diperingatkan bahawa ketua audit negara sudah beberapa kali menafikan bahawa laporan akhir audit telah diubah.

Draf memang boleh diubah. Sebab itu, namanya draf untuk dibincang. Laporan akhir bagaimanapun tak boleh diubah jika sudah disahkan oleh ketua audit negara

30 Oktober 2018: Laporan 1MDB tidak dipinda – Ambrin
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/laporan-1mdb-tidak-dipinda-ambrin-189730

Yang lain, tunggu pemeriksaan semula saksi oleh peguam saya.

Dari FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker