Kenyataan Hilman tak wakili AMK, Wan Azizah tetap rasmi kongres – Ketua AMK

Deputy PKR Youth chief Hilman Idham arrived to give his statement to police over Datuk Seri Azmi Ali sex scandal allegations at Sepang IPD in Sepang
MOHD SAHAR MISNI/The Star

Gesaan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat (AMK), Hilman Idham untuk meneruskan perasmian Kongres AMK dengan menjemput Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai tidak mewakili sayap parti itu.

Ketuanya, Akmal Nasah Mohd Nasir berkata, pertemuan yang dibuat Hilman di Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat AMK di Shah Alam malam tadi tidak sah kerana tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh PKR Pusat.

“Semalam itu mungkin pandangan sesetengah pihak, tidak menggambarkan keputusan daripada AMK. Kalau lihat semalam pun yang hadir dari segi exco pimpinan pusat tak sampai 13 orang, jadi yang digambarkan exco pimpinan pusat terdiri daripada 49 orang iaitu yang dipilih dan dilantik.

“Jadi keputusan sepatutnya dibuat dalam mesyuarat. Jadi 49 inilah yang akan tentukan tiap-tiap kali mesyuarat mereka kena hadir manakala ketua biro hanya hadir memenuhi kuota.

“Saya tidak fikir itu adalah mesyuarat. Mana ada bagi notis mesyuarat satu hari dan bukan dikeluarkan oleh setiausaha,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Hilman semalam keputusan untuk mengekalkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR di Melaka pada 5 Disember ini.

Dalam sidang media malam tadi, Hilman berkata, keputusan meneruskan tradisi kongres AMK mendapat sokongan 132 daripada 196 Ketua AMK Cabang dari seluruh negara.

Membidas kenyataan itu, Akmal berkata, mesyuarat memuktadkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perasmi Kongres Nasional Tahunan AMK 2019 telah dibuat.

“Ya (Wan Azizah akan rasmi), tiada sebarang perubahan dalam mesyuarat Biro Politik semalam pun ada ditanyakan dan anggapannya ialah itu adalah keputusan peringkat majlis pimpinan AMK,” katanya lagi.

Minggu lalu, seramai 21 Ahli Majlis Pimpinan AMK membantah tindakan sayap parti itu yang tidak mengundang Azmin untuk merasmikan kongres tahunan mereka pada 6 Disember depan.

Mengikut tradisi, kongres sayap Pemuda parti itu dirasmikan Azmin seperti kebiasaannya dijadualkan untuk merasmikannya. -MalaysiaGazette

 

Terbalik: Wan Azizah rasmi kongres AMK, Azmin di kongres Wanita

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker