Azmin, Zuraida tak hadir mesyuarat Biro Politik PKR.

Azmin, Zuraida tak hadir mesyuarat Biro Politik PKR lagi.

Azmin, Zuraida tak hadir mesyuarat Biro Politik PKR lagi.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin tidak menghadiri mesyuarat Biro Politik parti itu yang membincangkan pertemuan mereka dengan lebih 20 ahli Parlimen Barisan Nasional pada malam Isnin lalu.

Ia selepas Presiden PKR, Anwar Ibrahim semalam dilaporkan berkata, Azmin perlu menghadiri mesyuarat malam ini untuk menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam pertemuan di kediaman rasminya kelmarin.

Azmin semalam berkata, beliau perlu menyemak jadualnya terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada dapat menghadiri mesyuarat itu.

Katanya, pertemuan dengan sekumpulan ahli Parlimen BN itu, termasuk bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein hanya “mesyuarat biasa”.

Sejak dipilih semula sebagai timbalan presiden PKR, Azmin tidak hadir mesyuarat Biro Politik, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan pemukiman parti.

Menteri hal ehwal ekonomi itu turut menekankan kepentingan tugasnya memperkenalkan kerajaan PH kepada masyarakat di dalam dan luar negara.

Semalam, Ahli MPP PKR, Kamarudin Jaffar menafikan pertemuan dengan ahli Parlimen BN itu bertujuan mendapatkan sokongan untuk kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kerana blok pembangkang seperti Umno dan PAS sudah menyuarakan sokongan kepada Mahathir untuk tempoh sepenggal.

Katanya, pertemuan itu hanya membincangkan isu pembangunan dan dasar kemakmuran negara antara ahli Parlimen yang berminat.

 

FMT

Azmin, Zuraida tak hadir mesyuarat Biro Politik PKR lagi.


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Gandingan Hisham dan Azmin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker