Perselisihan MP Pasir Salak Dan Kuala Krau Selesai Secara Adik-Beradik

Share


Salah faham selesai… Semangat persahabatan yang tinggi menjadi jalan penyelesaian kepada perselisihan faham antara Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman dengan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said.

Selaku ‘abang sulung’, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi segera menyelesaikan salah faham yang timbul antara kedua-dua Ahli Parlimen tersebut.

Tajuddin ketika ditemui media berkata, itu hanyalah salah faham antara rakan dan adik-beradik maka perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan.

Semasa sesi Sidang Dewan Rakyat berhenti rehat, suasana lobi Parlimen hangat dengan pertengkaran mulut antara Tajuddin dan Mohamed Said.

Perselisihan tersebut dikatakan berpunca daripada sekeping gambar yang ditularkan oleh Tajuddin.

Ismail berkata gambar tersebut adalah gambar beberapa Ahli Parlimen yang menziarahi anaknya yang sakit kanser namun ia ditularkan kononnya ia pakatan menyokong seorang pemimpin yang lain. – UMNO ONLINE



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *