Kisah 17 pemimpin UMNO di rumah Azmin.

oleh Hasnal Rezua Merican

Kisah 17 Ahli Parlimen UMNO makan malam di rumah YB Azmin tidaklah terlalu menggusarkan. Jika mereka bijak menggunakan kuasa tawar-menawar serta menguasai rundingan, banyak manfaat yang boleh diraih.

Cuma aspek negatifnya, mereka tidak pergi ke meja rundingan dengan sepenuh kekuatan. Hanya 17 daripada keseluruhan 40 orang mengambil bahagian. Jika semua dilibatkan, pasti kuasa tawar-menawar mereka akan meningkat secara signifikan.

Kita tahu PPBM dan PKR (Azmin) sedang berada di dalam kedudukan lebih terdesak berbanding UMNO dan sekutu Muafakat Nasional nya. Desaklah PPBM dan PKR (Azmin) melaksanakan beberapa langkah sebagai pra-syarat rundingan bagi menampakkan keikhlasan PPBM dan PKR (Azmin). Antaranya:

a) rombakan Kabinet di mana Lim Guan Eng dinyahkan daripada jawatan Menteri Kewangan;

b) rombakan Kabinet di mana Khalid Samad, Mujahid Yusuf Rawa, M. Kulasegaran, P. Waytha Moorthy, Saifuddin Nasution, Teresa Kok, Teo Nie Ching, Liew Chin Tong digugurkan;

c) Peguam Negara ditamatkan perkhidmatan;

d) akujanji bahawa UMNO tidak akan diharamkan;

e) harta alih dan tidak alih UMNO serta pemimpin dan ahli UMNO yang tidak terkait dengan pendakwaan, dikembalikan atau dilepas daripada pembekuan; dan

e) beberapa ADUN PPBM dan PKR (Azmin) berpaling arah dan menterbalikkan Kerajaan Negeri Perak, Kedah dan Melaka.

Dari FB Hasnal Rezua Merican

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker