MP BN, PKR berjumpa di rumah Azmin semalam.

MP BN, PKR berjumpa di rumah Azmin semalam.

MP BN, PKR berjumpa di rumah Azmin semalam.

Sekumpulan ahli parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya.

Perjumpaan itu bermula pada sekitar pukul 9.30 malam dan berlangsung selama dua jam.

Ahli parlimen BN mengunci mulut berhubung tujuan lawatan mereka ke banglo yang terletak di tepi Tasik Putrajaya itu.

Selain ahli parlimen BN, ahli parlimen PKR turut hadir.

Sumber berkata sekurang-kurangnya 22 ahli parlimen BN dan lima ahli parlimen PKR hadir perjumpaan itu.

Wartawan Malaysiakini yang tiba di lokasi mengesahkan melihat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak).

Ketika ditemui, Zuraida sekadar melambai kepada wartawan tanpa memberi sebarang ulasan. Ahli Parlimen BN yang lain yang meninggalkan kawasan itu turut enggan memberi ulasan.

Salah seorang ahli parlimen BN dilihat berjalan keluar dari kawasan itu ialah Ahli Parlimen Cameron Highlands BN Ramli Mohd Nor.

Apabila ditanya mengenai pertemuan itu, dia hanya berkata: “Tak ada apa. Saya datang sebab rumah saya dekat saja.”

Malaysiakini juga melihat kenderaan Ahli Parlimen Umno Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Ismail Abd Muttalib (Maran).

Ismail, yang ditemui pula sekadar berkata: “Ia(isi perjumpaan) hanya antara ahli parlimen dan menteri”.

Van katering merupakan kenderaan terakhir meninggalkan kawasan kediaman itu pada tengah malam ini.

Azmin melihat wartawan berkumpul di luar rumahnya tetapi tidak bertemu dengan mereka dan sebaliknya terus masuk dalam rumah.

Perjumpaan antara Azmin dan pemimpin BN ini berlangsung dua hari selepas kekalahan besar PH dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Beberapa pemimpin PH menyalahkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad atas kekalahan itu dan mencadangkan agar beliau menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Azmin hari ini tampil menyokong Dr Mahathir dan menyeru pemimpin serta ahli-ahli parti PH untuk bersamanya.

PKR ketika ini dilihat terpecah antara kem Azmin dan kem Anwar.

Pergeseran antara penyokong Azmin dan penyokong Anwar diteruskan lagi dengan isu terbaru berhubung pembatalan jemputan buat timbalan presiden PKR itu untuk merasmikan kongres Pemuda PKR (AMK).

Sebelum ini, timbul spekulasi yang mengatakan Azmin bekerjasama dengan bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein, yang juga Ahli Parlimen Sembrong, untuk mengumpul sokongan ahli parlimen bagi menyekat Anwar.

Perkembangan terbaru ini hadir ketika Dr Mahathir terus berteka-teki berhubung tarikh untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar seperti dipersetujui PH sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Mkini

MP BN, PKR berjumpa di rumah Azmin semalam.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Menteri, timbalan menteri Umno pegang jawatan hingga Ogos – Zahidi

 


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker