Ahmad Idham FINAS gesa kerajaan sekat Netflix demi ‘kroni’ Aflix?

Kecoh mengenai saranan Ahmad Idham CEO Finas menyekat Netflix.Rupanya geng sendiri mahu bikin Aflix! Belum setahun di Finas sudah kontroversi

Rupanya ada ‘Udang disebalik mee’ disebalik gesaan  Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham baru-baru ini menggesa kerajaan untuk memantau dan menyelia kandungan yang ditawarkan oleh servis penstriman digital seperti Netflix. Belum pun setahun Ahmad Idham sebagai CEO sudah ada kontroversi.

Menurutnya, kenyataan tersebut dibuat selepas menerima keluhan dari ibubapa tentang kandungan yang tidak bertapis.

“Walaupun, penapisan bukan dibawah bidang kuasa FINAS, tetapi kita memandang serius kepada isi kandungan berkenaan yang boleh memberi kesan negatif jika tidak dipantau dari sekarang.

Kita mengambil pendekatan untuk mengawal kandungan filem dan rancangan televisyen tempatan tetapi di peringkat antarabangsa masih lagi terbuka.”

Kenyataan dari Ahmad Isham terus mendapat perhatian netizen yang kebanyakkannya mencemuh tindakan yang diambil oleh Ahmad Idham.

Apakah hanya itu standard Ahmad Idham selepas dilantik Ketua Pengarah /CEO Finas? Finas adalah lubuk rasuah  sebelum ini? Isu di Finas pun tak selesai lagi.

Rupanya gesaan itu tercetus apabila kroni Ahmad Idham dari AFLIX telah berjumpa dengan Ahmad Idham di Finas baru-baru ini. Gambar pertemuan Idham dengan Aflix itu mengundang kecaman daripada pelbagai pihak sebagai sebab sebenar Idham mahu menyekat Netflix.

Netflix merupakan satu servis berbayar, dan tiada paksaan dibuat kepada golongan ibubapa terutamanya untuk melanggan servis Netflix. Malah, di dalamnya turut dimuatkan dengan fungsi Parental Control dimana ia akan menapis kandungan yang lebih bersesuaian kepada kanak-kanak. Jadi menyekat Netflix adalah satu cadangan tidak masuk akal.

Ini sebuah pemasaran murah dengan publisiti seolah-olah Ahmad Idham punya kepentingan dalam Aflix dan boleh jadi ia benar memandangkan pengendali Aflix itu adalah memang sahabat Ahmad Idham.

Sebelum ini Finas dan MDEC antara dua badan berkanun yang kontroversi mendapat aduan rakyat mengenai pegawainya. Portal ini pernah mendedahkan skandal dua organisasi ini. Rasuah dalam industri kandungan digital sememangnya berleluasa. Apatah lagi beberapa pegawai kontroversi dalam MDEC turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas.

sumber
[http://sabahkini2.com/en/news/2372/ahmad-idham-finas-gesa-kerajaan-sekat-netflix-demi-kroni-aflix/view]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker