#PrkTgPiai : Kemenangan BN isyarat PH gagal penuhi keperluan rakyat, kata Zahid

Share


Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai adalah isyarat jelas rakyat yang keperluan mereka gagal dipenuhi Pakatan Harapan.

Katanya, kemenangan ini adalah tanda muafakat antara parti komponen BN dan PAS.

“Tentunya ia menjadi tanda Muafakat Nasional dengan rakan-rakan BN, parti lain di Sabah dan Sarawak, komitmen akan beri kemenangan.

“Tahniah pada Wee Jeck Seng, ahli Parlimen Tanjung Piai, Presiden MCA, Wee Ka Siong dan pimpinan lain,” katanya pada sidang media di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim malam ini.

“Saya bagi Muafakat Nasional dan BN ingin ucap terima kasih pada Pengerusi BN Johor, Hasni Mohammad yang juga pengarah pilihanraya jentera dan pimpinan tinggi BN, Umno.”

BN merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada PH dengan majoriti besar 15,086 undi.

Wee mendapat 25,466 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada PH, Karmaine Sardini yang memperoleh 10,380 undi.

Calon Gerakan, Wendy Subramaniam sekadar meraih 1,707 undi, Badhrulhisham Abdul Aziz yang mewakili Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) mendapat 850 undi dan dua calon bebas, Ang Chuan Lock serta Faridah Aryani Abd Ghaffar masing-masing memperoleh 380 undi dan 32 undi.

FMT



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *