Atikah Suhaimi Marilyn Monroe Malaysia

Atikah Suhaimi Marilyn Monroe Malaysia

Pelakon Atikah Suhaimi menyifatkan watak antagonis bernama Sharifah Azreen dalam drama rantaian, Andai Itu Takdirnya memberi cabaran tersendiri kerana ia bertentangan dengan sifat peribadinya.

Sebagai seorang bersikap ‘introvert’, Atikah berkata, watak Azreen memerlukannya menjadi seorang yang ‘lepas laku’ dan menuntut tenaga yang banyak daripadanya.



“Azreen masih muda dan banyak tenaga. Saya pula sejenis orang yang ‘introvert’. Jadi, apabila bawa watak Azreen, saya kena jadi ‘extrovert’ dan ‘gedik’.

“Azreen suka cakap lepas dan bergurau. Selain itu, dia juga ada pesona dan berkelas.

“Saya ambil inspirasi daripada Marilyn Monroe untuk menghidupkan watak Azreen,” katanya.

Baca Artikel Menarik:



Memandangkan watak Azreen menuntut tenaga yang bukan sedikit, pelakon kelahiran Singapura itu mengakui, kopi menjadi tonik untuknya mengekalkan stamina.

“Watak Azreen memerlukan saya menjadi terlalu ‘hyper’ dan mengekalkan tenaga. Jadi, saya harus minum dua cawan kopi setiap kali nak bawakan watak ini,” dedahnya.

Berkongsi pandangannya mengenai tema drama yang mengetengahkan isu keganasan rumah tangga, Atikah berharap, apa yang dipaparkan dalam karya itu mampu membuka mata banyak pihak.

“Saya rasa semua orang patut tonton drama ini kerana dalam zaman sekarang, ramai juga wanita terperangkap dalam situasi ini.



“Drama ini bukan sahaja memaparkan keganasan domestik, tetapi turut memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai apa yang harus dilakukan untuk menghentikannya,” ungkapnya.

Baca Artikel Menarik:

Selain Atikah, drama adaptasi novel tulisan Siti Rosmizah Semail itu turut menampilkan Shukri Yahya, Hannah Delisha, Puteri Sarah Liyana, Dayang Areeda dan Idzham Ismail. BH

 




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker