KLVC: Saman Felda Macam Orang Pening Lalat

Share


MULA-MULA kita percaya saman yang dikemukakan Felda ke atas syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) dan 20 individu yang lain berhubung kontroversi tanah di Jalan Semarak, ada kaitan dengan laporan forensic audit berhubung isu sama yang dijalankan Felda dibawah pentadbiran BN yang lalu.

Kerajaannya mungkin berbeza tapi hakikat bahawa audit itu dijalankan oleh pihak berkecuali, menafikan wujud sebarang unsur campur tangan untuk melindungi sesiapa.

Tapi bila lihat nama 2 bekas Pengerusi Felda turut tersenarai sebagai defenden, rakyat dah mula tertanya-tanya , asas apa untuk memulakan tindakan saman berkenaan sekarang?

Atau ini satu lagi tindakan berunsurkan politik bagi mengalih perhatian rakyat dari kegagalan melaksanakan janji Manifesto PRU14?

Saman ini hadir hampir 2 tahun selepas audit forensic yang dijalankan Felda bawah pentadbiran BN, selesai. Berbanding dengan audit forensic tersebut yang dijalankan pihak berkecuali dan dibentangkan pada Februari 2018 itu, tidak ada audit seumpamanya yang dijalankan selepas itu untuk mengenal pasti pihak mana yang bertanggungjawab dalam kontroversi tersebut?

Percaya atau tidak, lebih tidak masuk akal bila SPSB turut dinamakan, padahal berdasarkan banyak fakta dari sumber terbuka menunjukkan, semua tindakan SPSB dalam transaksi berkaitan tanah itu, telah mendapat kelulusan pihak FIS terlebih dahulu.

Lebih menimbulkan persoalan bila unjuran kononnya Felda kerugian peluang komersial MGR berjumlah RM 500 juta yang dinyatakan dalam sebahagian tuntutan, tidak timbul sepanjang transaksi ini berlangsung dari 2014-2018. Adakah ini unjuran baru untuk mewajarkan kepentingan politik pihak berkaitan sekarang?

Justeru, sementara proses perundangan harus dibenarkan berjalan seperti biasa, rakyat berhak mempersoalkan keperluan sumber-sumber Felda – disebalik penurunan harga komoditi sekarang ini, digunakan untuk tujuan yang tidak begitu mendesak.

Samannya belum tentu menang pun.

Tumpuan sepatutnya diberikan untuk membantu peneroka yang semakin dihimpit dengan pelbagai kesukaran berikutan kenaikan kos sara hidup sedangkan harga komiditi tidak pun meningkat biarpun setelah negara diperintah Pakatan – dengan segala janji bulan dan bintangnya.

Sumber



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *