Muafakat Nasional Bukan Ancaman, Platform Baharu Kepada Rakyat Yang Telah Tertipu – Tuan Ibrahim (Video)

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa Muafakat Nasional bukannya ancaman keselamatan negara atau memecah belahkan perpaduan rakyat, tetapi ia adalah sebuah platfom baharu bagi UMNO dan PAS.

Jelas beliau, selepas piagam ditandatangani hinggalah ke himpunan malam tadi terbukti bahawa Muafakat Nasional diaplikasi sebagai asas penyatuan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, kemakmuran dan keharmonian.

“Muafakat Nasional yang kita bina ini adalah bagi melihat masa depan negara diurus tadbir dengan perpaduan dan keharmonian kepada muafakat bersama.

“Kita bukan namakan sebagai Muafakat Melayu tetapi Muafakat Nasional yang menjamin keadilan semua kaum di dalam negara ini.

“Ada pemimpin Dap datang dan memberitahu khususnya pengundi-pengundi Cina mengatakan jikalau Muafakat Nasional ini menang, negara tidak stabil dan tidak lagi boleh bebas beragama. Saya pun tak tahu dari gua mana dia keluar,” katanya dalam ucapan Muafakat Nasional Penyatuan Ummah di Kampung Sawah, Khamis malam tadi.

Hadir sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak; Penasihat UMNO, YM Tengku Razaleigh Hamzah; Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengerusi PAS Johor, Abdullah Husin; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah; Sekteriat Penyatuan Ummah Muafakat Nasional, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; kepimpinan UMNO, PAS, Makkal Sakti, Kimma dan juga masyarakat setempat.

Dalam pada itu Tuan Ibrahim menjelaskan rakyat sekarang ini mempertikaikan tentang janji yang dilontarkan oleh PH.

Tambahnya, pemimpin yang berjanji adalah orang yang melanggar suatu amanah dari Allah SWT.

“Kita harus pegang pada janji dan bukannya kita yang berjanji tetapi mereka yang berjanji. Seluruh negara kena ‘kencing’.

“Rakyat tanya mana harapan? Nak letak mana harapan? Yang jelas masa depan tak ada harapan dan insya-Allah… PH tiada harapan di Tanjung Piai,” tegasnya.

Dalam ceramah ini hampir 12 ribu pengunjung memenuhi padang terbuka di Kampung Sawah.- UMNO ONLINE

https://www.youtube.com/watch?v=y7n4S6-h7bk&feature=emb_logo

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker