Kanak-kanak 2 tahun tertembak ayah sendiri

Kanak-kanak 2 tahun tertembak ayah sendiri

Polis mengesahkan seorang lelaki maut apabila anaknya yang berusia dua tahun secara tidak sengaja tertembak mangsa sehingga meninggal dunia.

Tragedi berlaku ketika kanak-kanak lelaki itu bermain-main dengan senjata terbabit di kediamannya, di Orlando, Florida, akhir bulan lalu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, pistol yang dipenuhi peluru itu diambil kanak-kanak terbabit selepas ia ditinggalkan ibu bapa mereka tanpa pengawasan.

Dalam kes itu, polis bergegas ke rumah mangsa selepas menerima panggilan 911 dan mendapati ibu kanak-kanak terbabit, Marie Ayala, sedang memberikan bantuan pernafasan kepada suaminya, Reggie Mabry.

Polis Orange County, Sherif John Mina, pada sidang media, berkata pada mulanya pihak berkuasa percaya mangsa berusia 26 tahun yang kemudiannya meninggal dunia ketika menerima rawatan, menembak diri sendiri.

Namun, beliau berkata siasatan kemudian mendapati anak sulung pasangan itu mengaku bahawa picu pistol ditarik oleh adiknya.

Menurut dokumen mahkamah, pistol itu berada di dalam beg yang diletakkan Mabry di atas lantai sebelum kanak-kanak terbabit ternampak senjata berkenaan lalu menembak bapanya di belakang semasa mangsa sedang bermain permainan video di komputer.

Ketika kejadian, semua ahli keluarga mangsa termasuk anak bongsunya yang berusia lima bulan berada di dalam bilik terbabit.

Menurut Mina, pasangan itu berada dalam parol atas beberapa kesalahan kerana mengabaikan kanak-kanak dan penggunaan dadah sebelum ini.

“Pemilik pistol yang tidak menyimpan senjata api dengan betul berisiko berdepan tragedi seperti ini di rumah sendiri dalam sekelip mata saja.

“Kini tiga anak kecil ini kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka… bapa mereka meninggal dunia dan ibu pula kini berada di penjara,” katanya.

Sebelum ini, kes seumpamanya pernah berlaku pada Ogos 2021 di Amerika Syarikat (AS) apabila seorang lagi kanak-kanak berusia dua tahun menemui pistol yang ditinggalkan di dalam beg galas sebelum menembak mati ibunya di kepala semasa mangsa sedang menyertai sidang video.

Ketika ini, terdapat pertikaian berhubung peraturan pemilikan senjata di AS selepas beberapa kes tembakan rambang antaranya di hospital, pasar raya dan sekolah rendah. BH

Kanak-kanak 2 tahun tertembak ayah sendiri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker