ADAKAH WUJUD KOMPLOT UNTUK MENJAHANAMKAN INDUSTRI PENERBANGAN MALAYSIA?

Share


oleh Nabieh Rahmat

1. Selepas US Federal Aviation Administration (FAA) menurunkan taraf keselamatan penerbangan Malaysia dari 1 kepada 2, American Airlines menamatkan kerjasama dengan MAS dalam One World Alliance (OWA).

2. OWA membolehkan MAS berkongsi kod penerbangan dengan syarikat negara-negara lain seperti British Airways, Cathay Pacific, Japan Airlines, Qantas, Qatar Airways dll. Dalam bahasa mudah, walaupun pesawat MAS tak terbang ke destinasi tertentu, syarikat tetap boleh dapat untung dengan menjual tiket.

3. Penurunan taraf keselamatan yang pertama kali terjadi dalam sejarah penerbangan Malaysia menyebabkan kita sama tahap dengan Bangladesh, Ghana, Costa Rica.

4. Setelah American Airlines, syarikat-syarikat lain dalam OWA juga mungkin akan tamatkan kerjasama dengan MAS. Ia ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Perlindungan insurans juga akan semakin tinggi menyebabkan harga tiket semakin mahal.

5. Indonesia pernah mengalami nasib yang sama pada tahun 2007, menyebabkan syarikat penerbangan mereka termasuk Garuda Indonesia diharamkan terbang di ruang udara negara-negara Eropah. Hanya sembilan tahun selepas itu (2016), barulah status mereka dinaikkan semula kepada 1.

6. Anda boleh bayangkan betapa teruknya pengurusan CAA Malaysia (DCA) dalam setahun terakhir? Walaupun FAA telah bentangkan laporan awal supaya ada perbaikan dibuat, tapi CAAM buat tak tahu. Adakah MoT yang dipimpin oleh Anthony Loke terlalu jahil? Ataukah ini hanya sebahagian plot untuk terus melemahkan MAS sekaligus menguatkan alasan untuk diambil alih oleh pihak tertentu?

N.K : Empat tawaran ambil alih Malaysia Airlines

https://m.malaysiakini.com/news/483020



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *