Detik Hitam Keadlilan Negara

oleh Ab Jalil Backer

Tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara berterusan mengulas dan ‘menjatuhkan hukuman’ bahawa DS Mohd Najib Razak seorang pencuri dan kleptokrat merupakan satu bentuk ‘subjudice’ dan gangguan kehakiman terburuk dalam sejarah keadilan negara.

Perlu diingat komen Dr Mahathir tidak sama dengan komen orang biasa.

Dr Mahathir sebagai seorang Perdana Menteri mempunyai kuasa menasihati Yang Di Pertuan Agong dalam melantik, mencadang kenaikan pangkat dan menubuh tribunal memecat para hakim.

Justeru beliau tidak sewajarnya mengulas isu yang sedang dibicarakan kerana beliau adalah orang yang mempunyai pengaruh ke atas kedudukan hakim-hakim.

Kesungguhan Dr Mahathir mengulas dan membuat keputusan dalam kes Mohd Najib boleh dilihat sebagai satu cubaan mempengaruhi dan mengenakan tekanan secara tidak langsung ke atas hakim-hakim yang mendengar perbicaraan.

Pada masa dahulu peristiwa ini tidak mungkin dibiarkan berleluasa oleh Ketua Hakim Negara dan Majlis Peguam.

Tun Salleh Abas misalnya pernah secara terbuka mengkritik Perdana Menteri Keempat kerana cuba mempengaruhi keputusan mahkamah dan tafsiran undang-undang.

Sehingga April 2018, Majlis Peguam tegar menentang sebarang usaha kerajaan mempengaruhi cabang kehakiman.

Namun hari ini Ketua Hakim Negara dan Majlis Peguam membisu seribu bahasa dalam pelanggaran etika eksekutif oleh Dr Mahathir Mohamad.

Ini adalah detik memalukan komuniti keadilan negara. Selamat mengutip dedak secara terbuka dan tersirat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker