#PrkTgPiai : Cadangan Lantik Chin Tong Wakil Kaum Cina Sahkan Sikap Rasis & Cauvinis Dap

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan pengumuman Lim Guan Eng akan akan melantik Liew Chin Tong mewakili kaum Cina jika calon Pakatan Harapan, Hj Karmaine Sardini menang di Parlimen Tanjung Piai sebagai mengesahkan sikap rasis dan cuauvinis DAP.

Bukan itu sahaja tegas Dr Shamsul Anuar langkah yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP itu juga mengesahkan bahawa DAP sendiri tidak yakin dengan Hj Karmaine Saidini.

“Kalau DAP pun tidak yakin kepada calon PH. Eloklah semua pengundi Tanjung Piai terutama masyarakat Cina mengundi Calon BN”, katanya dalam satu hantaran di facebook beliau.

Beliau mempersoalkan perlunya menamakan ketua DAP Johor, Liew Chin Tong sebagai wakil komuniti Cina untuk membantu Karmaine dalam PRK tersebut.



Cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu melantik Liew Chin Tong sebagai wakil komuniti Cina di Tanjung Piai dinyatakan pada satu ceramah di Pekan Nanas baru-baru ini.

PRK Tanjung Piai menyaksikan pertembungan enam penjuru membabitkan calon PH, BN, Gerakan, Berjasa dan dua calon Bebas.

Ketua Bersatu Tanjung Piai Karmaine Sardini yang dipertaruhkan PH akan dicabar Ketua MCA bahagian itu yang juga bekas anggota parlimen kawasan itu selama dua penggal, Wee Jeck Seng.

Gerakan diwakili timbalan setiausaha agungnya Wendy Subramaniam dan Berjasa oleh presidennya Dr Badrulhisa, Abdul Aziz.



Dua calon bebas ialah Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Ab Ghaffar.

PRK itu diadakan selepas penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik, 42, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 21 Sept lalu. –UMNO ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker