PPBM tidak akan ambil tindakan disiplin ke atas MB Perak, kata Mahathir

Share


PPBM memaklumkan pihaknya tidak akan mengenakan sebarang tindakan disiplin ke atas Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu susulan kenyataan kontroversi mengenai DAP semasa berkempen di Tanjung Piai baru-baru ini.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata isu membabitkan Faizal dan DAP itu hanyalah penerangan dibuat menteri besar Perak ketika dikerumuni warga nelayan semasa berkempen di Tanjong Piai yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan kononnya dikuasai DAP.

“Dia (Faizal) dihadapkan dengan nelayan yang begitu agresif jadi mereka menganggap Pakatan Harapan ini dikuasai oleh DAP jadi dia (Faizal) terang walaupun dia seorang ramai DAP di Perak tapi dia masih jadi MB dia menguasai kerajaan bukan bermakna DAP menguasai kerajaan

“Kita terangkan, kira nak bagi dia (warga Tanjung Piai) sokong, walaupun Faizal sorang (di Perak) bukan bermaksud kerajaan dikuasai DAP,” katanya semasa sidang media selepas mesyuarat PPBM di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini

FMT



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *