Isu MB Perak : Tak patut ada dwistandard tangani isu dalaman PH, kata Lim

 

Tidak sepatutnya ada dwistandard dalam menangani isu dalaman Pakatan Harapan, kata Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Perak Bersatu Ahmad Faizal Azumu mengenai DAP dan menteri kabinet.

Lim menjawab soalan wartawan yang meminta pandangannya sama ada Faizal seharusnya dirujuk kepada jawatankuasa disiplin Bersatu, seperti pemimpin DAP Ronnie Liu dirujuk kepada jawatankuasa disiplin DAP kerana mengkritik Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad.

“Isu-isu yang disebutkan akan ditangani untuk memastikan tiada dwistandard.

“Saya fikir ia akan ditangani selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, ia akan dijelaskan selepas PRK.

“Ini untuk memastikan prinsip Pakatan Harapan bahawa tiada dwistandard,” kata Lim dalam sidang akhbar di konvensyen DAP Selangor yang diadakan di Petaling Jaya hari ini.

Mkini

Henti keluar cerita dalaman parti

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker