Guan Eng dakwa Malaysia binasa jika diperintah ‘parti Melayu Islam’

Malaysia akan punah dan binasa sekiranya sebuah “parti politik Melayu Islam” memimpin negara ini, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.

Tanpa menamakan secara khusus parti itu, beliau berkata, jika situasi tersebut benar-benar berlaku, penjawat awam dinaung parti tersebut tidak akan menerima bayaran gaji kerana ditadbir oleh sekumpulan pemimpin tidak arif dalam hal ehwal pentadbiran negara.

“Mereka buktikan tidak mampu uruskan kerajaan negeri dengan baik, sampai nak bayar gaji pun minta bantuan kerajaan persekutuan.



“Kalau mereka dapat perintah negara habislah kita, gaji pun tak mampu bayar,” kata beliau dalam ucapan pembukaan Konvensyen Tahunan DAP Selangor, dihadiri kira-kira 350 orang di sini, hari ini.

Meskipun Lim, menteri kewangan, tidak menamakan parti atau kerajaan negeri terbabit, tetapi ia dilihat merujuk kepada Kelantan pimpinan PAS, yang pernah menganggotai Pakatan Rakyat bersama DAP.

Pakatan Rakyat sudah terbubar dan kemudian diwujudkan Pakatan Harapan.

FMT



Rebut kuasa binasa umat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker