Maruah Melayu apa, soal Kadir berhubung laporan hutang bil percutian

Wartawan veteran A Kadir Jasin dipercayai menyindir Mohamed Azmin Ali semalam susulan laporan yang mendakwa sebuah agensi pelancongan memfailkan saman lebih RM300,000 terhadap menteri hal ehwal ekonomi itu berhubung tunggakan bil perjalanan.

Dalam hantaran Facebook, Kadir yang juga penasihat komunikasi perdana menteri turut mempersoalkan “maruah” orang Melayu.

“Hutang pelajaran tak bayar. Hutang kereta tak bayar. Sekarang hutang percutian pula tak bayar. Maruah Melayu apa?” soalnya.

Artikel Sarawak Report melaporkan Azmin didakwa di mahkamah berhubung bil tertunggak termasuk bil perjalanan peribadi keluarga dan perjalanannya ke Sandakan semasa pilihan raya kecil di sana awal tahun ini.



Laman web itu yang memetik dokumen yang difailkan YHA Travel & Tours, berkata jumlah itu termasuk penerbangan Azmin dalam tempoh enam bulan.

Azmin berkata beliau akan membayar apa sahaja bil perjalanan yang beliau masih terhutang, walaupun beliau belum melihat writ saman yang difailkan kepadanya.

Apabila ditanya mengapa terdapat laporan mengatakan beliau dibawa ke mahkamah, Azmin berkata beliau tidak tahu.

Difahamkan pengurusan kes saman itu ditetapkan pada 3 Dis di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.



FMT

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker