Formula Kampung Baru Lid Tidak Akan Berjaya

PEMIMPIN Pakatan Harapan (PH) memang terkenal dengan formula. Formula hapuskan tol. Formula turunkan harga minyak. Formula hapuskan PTPTN dan yang terbaharu Formula Kampung Baru Lid.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad atau terkenal dengan panggilan Lid bangga mengumumkan formula pembangunan Kampung Baru baru-baru ini. Katanya semua penduduk Kampung Baru akan dibayar RM1,000 bagi satu kaki persegi. Beliau yakin penduduk kampung berkenaan akan bersetuju kerana ia tawaran yang terbaik yang boleh diberikan oleh kerajaan.

Tapi ternyata formula itu ditolak mentah-mentah oleh penduduk Kampung Baru. Kenapa dan mengapa? Mudah saja jawab penduduk Kampung Baru, tanah di seberang sungai dijual pada harga RM2,000 bagi satu kaki persegi mengapa tanah kami hendak dibeli pada harga separuh harga.

Alasan tanah kaviat pertanian Melayu tidak boleh dipakai kerana ini tanah berharga yang terletak bersebelahan KLCC dan bukan tanah di Ceruk Tok Kun.

Berang dengan penolakan Lid memberi amaran akan menggunakan undang-undang untuk merampas tanah berkenaan dan sikap serta sifat semberono beliau menyerlah kerana tanah hanya boleh diambil oleh kerajaan hanya untuk pembangunan kepentingan rakyat dan bukan tujuan komersial.

Katakanlah jika 50 peratus penduduk menerima tawaran Khalid, adakah ia berada di dalam satu kelompok. Bagaimana hendak dibangunkan jika pemiliknya berselerak?

Khalid jadi pening. Sebenarnya apa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional adalah yang terbaik kerana mereka tidak mengambil tanah-tanah berkenaan sebaliknya menggalakkan penduduk membangunkannya.

Contohnya jika ada pemaju yang mahu membina kondominium 30 tingkat di Kampung Baru kerajaan akan permudahkan segala proses. Lama ke lamaan mereka yang tidak setuju dengan pembangunan akan celik mata apabila melihat rakan atau jiran tinggal selesa di rumah ala penthouse di tingkat 30.

Kini Lid diam. Nampak gaya Formula Kampung Baru Lid juga akan gagal dan hanya kekal di atas kertas sahaja sebagaimana formula-formula lain pemimpin Pakatan Harapan.

Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker