Dr M tak setuju tangkap Jho Low ‘ala Mossad’

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini kelihatan menolak mana-mana operasi rahsia untuk membawa pulang ahli perniagaan Low Taek Jho ke negara ini, susulan gesaan penulis blog A Kadir Jasin supaya polis menggunakan taktik “ala Mossad” jika pihak berkuasa mengetahui lokasinya.

Mahathir, yang bercakap kepada pemberita selepas menerima gelar kehormat dalam seni kreatif dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, ditanya sama ada kerajaan akan meniru kaedah yang digunakan agensi perisikan Israel yang menculik pelarian Nazi dari Argentina untuk berdepan perbicaraan di negara itu.

“Kita boleh berperang, tetapi kita akan kalah dan hilang Low.

“Kita sedar kita bukan negara yang sangat kuat. Kadang-kadang orang suka digunakan, kadang-kadang mereka tidak. Tetapi kita perlu terima,” katanya.

Beliau menambah beliau tidak pasti sama ada Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, berada di negara Timur atau Barat, mengatakan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador tidak memberitahunya di mana lokasi ahli perniagaan itu.

Dalam temubual Financial Times semalam, Mahathir berkata kerajaan tidak mengetahui lokasi Low. Bagaimanapun, Hamid sebelum ini berkata Low berada di sebuah pulau yang tidak dinamakan.

“Saya tidak tahu, KPN kata dia tidak berada di Cyprus, setakat yang saya tahu, tetapi saya tidak berkongsi maklumat dengan KPN.

“KPN adalah KPN. Jika anda memberi saya pangkat di bahu, saya akan bercakap seperti KPN.

Mengulangi Hamid tidak memberitahunya di mana keberadaan Low, beliau menambah: “Dia tentulah tidak sentiasa tahu di mana Low berada.”

Mahathir juga berkata kerajaan bekerja keras untuk membawa pulang Low ke Malaysia, walaupun maklumat sukar diperolehi.

“Saya diberitahu dia boleh membawa beberapa pasport. Saya juga diberitahu dia mungkin mengalami perubahan pada wajahnya.

“Semua perkara ini adalah khabar angin – saya tidak mempunyai bukti – tetapi ia berlaku, dan itu menjadikannya sukar bagi kita.”

Low dikehendaki pihak berkuasa berhubung penyiasatan ke atas 1MDB.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker