#PrkTgPiai : Pemuda MCA cakap ‘kelate’ tarik perhatian

Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Chua Hock Kuan, yang berucap dalam dialek Kelantan pada sesi ceramah War Truck sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai ternyata berjaya menarik perhatian ramai.

“Ucapan saya ini bukannya dibuat-buat. Ia semula jadi,” katanya ketika ditemui di Pasar Pagi Pekan Nanas hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi MCA Kelantan itu turut melahirkan rasa gembira kerana ucapannya itu berjaya menarik orang ramai ke sesi ceramah War Truck berkenaan.

“Dialek Kelantan ini keluar secara semula jadi bila saya bercakap mungkin sebab dah sebati kerana saya sendiri dilahirkan dan membesar di Kota Bharu, Kelantan.



“Jadi, memang tak ada masalah. Lagipun, keluarga saya memang bercakap dalam dialek Kelantan dan ini menyebabkan kami boleh bergaul dengan semua orang,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu Hock Kuan berkata, ucapannya menggunakan dialek Kelantan itu diharap mampu menyampaikan mesej perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Benda ni kita nak promosikan perpaduan. Kita nak kurangkan jurang perkauman. Bila kita faham bangsa lain, jadi taklah kita bergaduh, betul kan?” katanya.

Sinar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker