Esok nak makan ikan atau konkrit, nelayan P Pinang demo bantah projek tambakan laut

 Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Nazri Ahmad (kanan) bersama Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Mahadi Md. Rodzi (dua dari kiri)

 

Sambil memegang keratan ikan mati dan gegantung mengecam cadangan projek mega tebus guna tanah, kira-kira 1,000 nelayan dan individu-individu yang simpati menunjuk perasaan di padang Esplanade hari ini.

Dalam hartal satu hari, kira-kira 4,000 nelayan meninggalkan jala masing-masing bagi menunjuk perasaan terhadap projek tambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR), yang merancang untuk menebus guna lebih 1,800ha di kawasan yang dianggap kawasan perikanan paling subur di utara Semenanjung.

Nelayan datang menaiki bot di ghaut North Beach, atau berkereta dari Seberang Perai, dan melaungkan slogan membantah tebus guna tanah selama hampir tiga jam.

Ketua Persatuan Nelayan Pulau Pinang Nazri Ahmad berkata seramai 4,000 nelayan mahu menunjuk perasaan tetapi polis hanya membenarkan 1,000 orang mengikut permit perhimpunan aman.

Nelayan dari Teluk Tempoyak menyertai hartal satu hari membantah projek PSR.
Beliau berkata tunjuk perasaan hari ini menunjukkan pasar-pasar di negeri itu akan terjejas tanpa ikan segar dan pihaknya mahu menimbulkan kesedaran bahawa ia boleh berlaku.

Nazri berkata isu ini bukan mengenai periuk nasi nelayan tetapi juga masa depan warisan makanan Pulau Pinang.

“Dalam bebarapa tahun mendatang, mungkin tidak ada lagi udang untuk cucur udang dan mee udang. Char koay teow mungkin hanya ada seekor udang, dibelah dua,” katanya kepada hadirin.

“Ancaman ini suatu kenyataan. Penambakan itu akan menjejaskan rantai makanan. Ia akan memusnahkan hidupan laut Pulau Pinang dan habitat. Kita nak makan apa esok? Ikan atau konkrit?”

Para nelayan kemudian menyerahkan memorandum kepada wakil kerajaan negeri di Dewan Undangan Negeri dan kepada Adun Mohd Yusni Mat Piah.

Yusni, seorang wakil rakyat PAS, memberi jaminan rungutan mereka akan dibawa ke mesyuarat DUN yang akan bersidang sehingga Jumaat.

Projek PSR bernilai RM46 bilion itu merancang untuk membina tiga pulau buatan di selatan Teluk Kumbar, yang kemudian akan dijual kepada pembida tertinggi, sebagai bayaran untuk membina lebuh raya, laluan Transit Aliran Ringan, dan bentuk pengangkutan lain dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

FMT

Persatuan nelayan terus tolak projek tambak laut P Pinang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker