Berapa orang percaya Kerajaan Mahu Bawa Pulang Jho Low?

oleh Ab Jalil Backer

TS Muhyididn dikhabarkan mahu mencari Jho Low sehinga ke dalam lubang cacing. Realitinya tidak perlu sampai ke tahap sampai lubang cacing. Jho Low tu masih atas muka bumi.

Saya masih ragu-ragu apakah PH benar-benar mahu tangkap Jho Low sebelum kes Najib Razak selesai.



Masalah kerajaan lebih besar jika Jho Low ditangkap berbanding Jho Low di luar negara.

Apa akan jadi jika selepas ditangkap nanti mamat ini mengaku kata semua tu kerja dia buat tanpa pengetahuan Najib Razak. Atau lebih teruk beliau mendedahkan konspirasi ini dilakukan atas suruhan seseorang yang mahu menjatuhkan BN?

Pasti bercempera nanti Kerajaan yang talian hayat mereka hanya bergantung harap kepada kes Najib ini.

Dalam perundangan barat ini barisan peguam selalu dinasihatkan jangan tanya soalan yang anda tidak pasti jawapan dan jangan bawa saksi yang anda tidak pasti di pihak mana.



Justeru menangkap Jho Low bukanlah keutamaan kerajaan sebenarnya. Jho Low di luar negara lebih menguntungkan mereka berbanding Jho Low yang ditangkap.

https://mykmu.net/2017/10/24/yg-tuduh-jho-curi-duit-ialah-mahathir-mahathir-adalah-penipu/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker