RM1000 sebulan sudah cukup, duduk di kampung nak guna apa sangat – Calon PH Tg. Piai

Pekebun perlu bersyukur harga sawit RM270 satu tan, kata calon PH

Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini menasihatkan pekebun kecil tidak mengeluh mengenai kemerosotan harga kelapa sawit.

Katanya, walaupun harga komoditi itu kini turun kepada RM270 satu tan, pekebun kecil perlu bersyukur kerana mendakwa ia masih tinggi daripada RM87 satu tan pada zaman pemerintahan Barisan Nasional.

“Mereka patut bersyukur sangat. RM270 banyak bukan sikit, banyak sebenarnya,” katanya semasa berucap di ceramah kelompok Pusat Daerah Mengundi Penerok di Tanjung Piai malam tadi.

Beliau mendakwa tiada pihak yang merungut ketika harga kelapa sawit jatuh sehingga RM87 satu tan di bawah pentadbiran BN.( ini zaman siapa ni? Zaman Najib tak pernah pun harga macam ini )

“Tak ada orang merungut pun kerana taksub dengan BN konon hebat sangat.”

Katanya, kos kehidupan di Tanjung Piai juga tidak setinggi di bandar besar.

“Kalau ada 10 ekar (ladang kelapa sawit), sekurang-kurangnya dapat 5 tan (sawit) darab dengan RM270, dapat RM1,000 lebih.

“Duduk di kampung nak guna apa sangat? Nak makan sayur tanam sendiri, cuma yang perlu isi minyak, jadi masih boleh makan,” katanya.

FMT

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker